pusat perdagangan

Cards (5)

  • Pelabuhan Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting dalam mengendalikan perdagangan antarabangsa. Pelabuhan ini berfungsi sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan barang dari Alam Melayu. Pelabuhan Melaka menjadi pusat pengedaran barangan dari timur dan barat ke Alam Melayu
  • KEDUDUKAN STRATEGIK
    • Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China
    • Kedudukan strategik di Selat Melaka menyebabkan Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu
    • Kesannya, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan yang maju
  • PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN PELBAGAI BARANGAN
    • Barang yang dikumpul dan diedarkan kepada pedagang luar ialah timah, emas, kapur barus, hasil hutan dan rempah-ratus. Barangan ini diperoleh daripada negeri naungan dan jajahan serta kawasan sekitar Alam Melayu
    • Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas, kain pelikat, batu delima, tembikar, wangian dan bahan makanan
    • Kepelbagaian barang dagangan ini membuktikan pelabuhan Melaka sebagai emporium yang maju
  • DIKUNJUNGI PEDAGANG DARI DALAM DAN LUAR ALAM MELAYU
    • Pedagang yang paling ramai mengunjungi pelabuhan Melaka ialah pedagang Arab, China dan Gujerat
    • Pedagang Pasai dan Jawa merupakan pedagang yang paling ramai dari Alam Melayu
    • Pelabuhan Melaka juga dikunjungi oleh pedagang dari Brunei, Pegu, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, Champa dan Annam
  • PUSAT PERKAPALAN
    • Pelabuhan Melaka dikunjungi oleh pelbagai jenis kapal besar dan kecil
    • Kapal kecil terdiri daripada perahu, sampan, ghurab, penjajap, sagur, payar, baluk, lancang, kakap, balang dan kelulus
    • Kapal besar pula seperti jong dan bahtera