pengurusan perdagangan

Cards (14)

  • SYAHBANDAR - Pelabuhan diuruskan dengan teratur dan cekap oleh pegawai yang mahir dan berpengalaman
  • CUKAI PERDAGANGAN - Para pedagang tertarik dengan pengurusan cukai barangan yang cekap dan sistematik
  • MATA WANG - Urusan berjual beli dijalankan dalam dua bentuk, iaitu pertukaran barangan dan menggunakan mata wang
  • ORANG LAUT - Orang Laut memberikan taat setia kepada raja dan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kestabilan kerajaan, khususnya dalam memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan
  • KEMUDAHAN PELABUHAN
    • Pelabuhan di Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik minat pedagang
  • SYAHBANDAR
    • urusan perdagangan dikendalikan oleh syahbandar yang memainkan peranan penting dalam menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot
    • Tugas syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang
    • Syahbandar juga bertanggungjawab memeriksa alat timbang sukat dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
  • CUKAI PERDAGANGAN
  • CUKAI PERDAGANGAN
    • Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat pedagang ke Melaka
    • Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan menjadi sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka
  • Cukai rasmi - cukai import yang dikenali sebagai panduan. Kadarnya berbeza-beza mengikut tempat asal pedagang
  • Cukai tidak rasmi - bentuk hadiah
    CONTOH: pedagang dari China dan Jepun hanya dikehendaki memberikan hadiah yang nilainya sama dengan cukai lima peratus
  • MATA WANG
    • Perdagangan tukar barang berlaku antara barangan dari China dan Alam melayu dengan barangan dari Barat dan India
    • Penggunaan mata wang telah melancarkan lagi urusan jual beli. Pada peringkat awal, digunakan tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas dan kulit siput (cowrie)
  • MATA WANG
    • Mata wang timah yang digunakan dikenali sebagai Calains. Pada kepingan timah ini terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah. Terdapat juga mata wang emas dan perak
    • Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan
  • ORANG LAUT
    • Mereka merupakan pelayar dan penunjuk arah yang cekap kepada pedagang yang berdagang di Melaka
    • Orang Laut juga bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka
  • KEMUDAHAN PELABUHAN
    • Gudang tempat menyimpan barang
    • Kemudahan pengangkutan (gajah, sampan, kapal)
    • Kemudahan bekalan makanan dan minuman
    • Khidmat membaiki kapal
    • Tempat penginapan
    • Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang
    • Kemudahan tempat beribadat