hubungan luar

Cards (8)

  • PASAI
    • Hubungan berlaku atas dasar sama taraf
    • Hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan Pasai, iaitu Puteri Rama Kaumala
    • Hubungan juga berlaku atas dasar berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama Islam
    • Hubungan ini membantu kemunculan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
  • DEMAK
    • Hubungan berlaku atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran Islam
    • Kerajaan Demak membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka
    • Hubungan ini penting bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka
  • MAJAPAHIT
    • Hubungan terjalin disebabkan oleh perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit
    • Hubungan ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit
    • Hasil hubungan ini, wilayah Melaka menjadi semakin luas dan tamatnya ancaman daripada Majapahit
  • MAKASAR
    • Melaka telah menghantar utusan persahabatan ke Makasar
    • Hubungan ini berlaku dalam aspek perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan dan kesenian
    • Hubugan ini semakin rapat dengan kerajaan Makasar menghadiahi "Budak Raja" kepada Sultan Melaka
  • CHINA
    • Hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan terjalin dengan kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Zheng He pada tahun 1405
    • Pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Sultan Melaka. Melaka mendapat naungan dan perlindungan daripada China
    • Pengiktirafan dan perlindungan daripada China dapat mengelakkan ancaman Siam. Melaka mahu situasi menang-menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya
  • RYUKYU (JEPUN)
    • Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kerajaan Ryukyu
    • Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagang yang melanggar undang-undang di Melaka
    • Hubungan ini membantu meningkatkan lagi perdagangan dengan Melaka
  • SIAM
    • Melaka pernah diancam oleh Siam semasa pemerintahan Parameswara dan Sultan Muzaffar Shah
    • Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan
    • Melakan telah menghantar utusan ke Siam yang diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera
    • Melalui hubungan ini, Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan daripada Siam serta dapat menjamin keselamatannya.
  • KERAJAAN LAIN
    • Hubungan berbentuk perdagangan pula dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal
    • Melaka juga menjalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab
    • Kesannya, Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam yang ulung di Alam Melayu