BAB 7.1: TAMADUN INDIA

Cards (24)

    • Selepas Tamadun Indus berakhir, berlaku perubahan dalam perkembangan Tamadun India.
    • Perkembangan ini berlaku apabila pusat tamadun beralih ke Lembah Ganges.
    • Peralihan ini menandakan bermulanya tahap baharu dalam Tamadun India yang sebelumnya berpusat di Lembah Indus.
    • Perubahan ini merupakan tahap kedua dalam Tamadun India dan menjadi asas penting kepada perkembangan dalam tamadun tersebut.
    • Perkembangan yang berlaku di sekitar Lembah Ganges membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai janapada.
    • Kerajaan-kerajaan ini kemudian membentuk kewujudan kerajaan yang lebih besar yang dikenali sebagai mahajanapada.
    • Magadha yang terletak di timur laut India muncul sebagai kuasa penting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India, antara tahun 540490 SM.
    • Kejayaan ini dikaitkan dengan kedudukan Magadha yang strategik di Lembah Ganges yang membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Sungai Ganges.
    • Kemunculan Magadha memainkan peranan penting dalam tahap perubahan sistem politik di India melalui perluasan kuasa dan menjadi asas kepada kewujudan kerajaan-kerajaan lain, seperti Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta.
    • Ketiga-tiga dinasti ini berjaya menonjolkan kehebatan memperluas kuasa sehingga membentuk kerajaan dan empayar yang luas.
    • Kemunculan pelbagai kerajaan dalam Tamadun India menyebabkan wujudnya persaingan antara kerajaan untuk memperluas kuasa masing-masing.
    • Perluasan kuasa bermaksud usaha yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan atau raja bagi menguasai dan memperluas pengaruh di sesebuah kawasan atau usaha untuk mengatasi pihak lain.
    • Pada permulaannya, perluasan kuasa dilakukan secara fizikal.
    • Namun begitu, cara perluasan kuasa ini telah berubah kepada perluasan secara keagamaan demi memastikan kesejahteraan dan perdamaian wujud dalam Tamadun India.
    • Terdapat pelbagai faktor perluasan kuasa yang saling berkait.
    • Faktor tersebut termasuklah kekuatan ketenteraan, dasar pemerintahan, sumber manusia, diplomasi keagamaan dan kewangan.
    • Terdapat dua bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India, iaitu perluasan fizikal dan perluasan keagamaan.
    • Perluasan fizikal bermakna perluasan kuasa yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain.
    • Sebuah kerajaan mampu membentuk sebuah empayar dengan menguasai kerajaan-kerajaan lain.
    • Selain itu, perluasan kuasa dapat dilaksanakan apabila sesebuah kerajaan mengakui taklukan dan akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan yang menang dan lebih berkuasa.
    • Dalam aspek ini, kekuatan ketenteraan dan disiplin pasukan tentera merupakan syarat yang paling penting.
    • Selain itu, dasar yang diambil oleh seseorang raja menjadi faktor perluasan kuasa ini dilaksanakan.
    • Dalam Tamadun India, perluasan fizikal dapat disaksikan dalam perkembangan Dinasti Nanda (345 SM321 SM), Dinasti Maurya (322 SM185 SM) dan Dinasti Gupta (320 M – 550 M).
    • Ketiga-tiga dinasti ini merupakan pemerintahan yang telah mencapai tahap tinggi dalam perluasan kuasa ini.
    • Gabungan antara kekuatan ketenteraan dan dasar pemerintah membolehkan ketiga-tiga dinasti membentuk sebuah empayar yang luas di India.
    • Ketika zaman Dinasti Nanda, perluasan kuasa dilakukan dengan kekuatan ketenteraan.
    • Pasukan tentera zaman ini mempunyai 20,000 kavalri, 200,000 infantri dan 3,000 tentera bergajah.
    • Empayar Nanda menganjur dari wilayah Bengal di sebelah timur India hingga ke Punjab di sebelah barat serta wilayah Deccan.
    • Pataliputra (Patna hari ini) merupakan pusat pemerintahan empayar ini.
    • Kekuatan ketenteraan juga menjadi asas perluasan kuasa zaman Dinasti Maurya, terutamanya ketika zaman pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka.
    • Kedua-dua pemerintah ini berjaya membentuk sebuah empayar yang luas yang meliputi wilayah Bengal di sebelah timur hingga Hindu Kush di sebelah barat.
    • Pusat pemerintahan juga terletak di Pataliputra.
    • Usaha perluasan kuasa pada zaman Chandragupta Maurya sangat bergantung pada kekuatan ketenteraannya dengan memiliki 9,000 tentera bergajah, 30,000 kavalri dan 600,000 infantri.
    • Setelah memegang kuasa, Asoka berusaha menguasai kawasan-kawasan yang belum lagi ditakluki di bawah kekuasaan Maurya.
    • Antara kawasan yang masih belum dikuasai termasuklah Kalinga.
    • Kalinga berjaya dikuasai, namun jumlah nyawa yang terkorban begitu besar.
    • Seramai 150000 orang telah kehilangan harta benda dan 100000 orang telah terbunuh.
    • Keadaan ini telah memberikan kesedaran kepada Asoka.
    • Pemerintahannya berubah menjadi lebih toleran dan bertanggungjawab.
    • Perluasan kuasa pada zaman Gupta diterajui oleh Chandragupta I yang memerintah antara tahun 320 M335 M.
    • Pataliputra turut dijadikan pusat pemerintahan dinasti ini.
    • Chandragupta I telah menjadikan ketenteraan sebagai kaedah untuk memperluas kuasa hingga mampu menguasai kawasan yang luas menganjur dari Punjab hingga Bengal.
    • Perluasan kuasa dengan menggunakan kaedah keagamaan dan kemanusiaan berbeza daripada fizikal kerana kaedah ini tidak bergantung pada sempadan wilayah yang tetap, sebaliknya merentas sempadan.
    • Penekanan kepada aspek keagamaan membolehkan nama Dinasti Maurya terutamanya zaman Asoka begitu dikenali di serata dunia.
    • Selepas Perang Kalinga, Asoka menghentikan sebarang usaha perluasan secara fizikal, sebaliknya menumpukan kepada pengembangan agama Buddha.
    • Bagi mengukuhkan pembinaan negara, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam pemerintahannya telah diukir pada tiang batu yang diletakkan di kawasan strategik.
    • Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.
    • Di bawah naungan Asoka, misi pengembangan agama Buddha telah giat dilakukan.
    • Misi tersebut telah dihantar ke Tibet, Nepal, Alexandria, Antioch, Bactria dan Burma.
    • Misi penyebaran agama Buddha ke Sri Lanka diketuai oleh Mahendra, sementara ke Asia Tenggara oleh Sona dan Uttara.
    • Ketika zaman Gupta pula penekanan diberikan kepada agama Hindu hingga agama ini mengalami perkembangan yang sangat pesat.
    • Pemerintah Gupta menekankan hal-hal berkaitan kebudayaan, kesusasteraan, seni bina, perdagangan dan pemerintahan yang berasaskan kepada agama Hindu.
    • Raja Samudragupta (335 M - 376 M) meminati puisi- puisi berbentuk keagamaan hingga menyebabkan beliau dikenali sebagai Kaviraja (raja penyair).
    • Penekanan kepada agama Hindu dalam dinasti ini membolehkan zaman Gupta dikenali sebagai zaman keemasan dalam agama Hindu.