ask bab 3

Subdecks (4)

Cards (38)

  • Pengenalan kepada Algoritma
    • Algoritma ialah satu set langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan output yang dikehendaki.
    • Algoritma digunakan oleh pengaturcara untuk membangunkan set aturcara yang telah dirancang.
    • Algoritma juga salah satu teknik penyelesaian masalah.
    • Algoritma boleh diwakili dengan pembinaan pseudokod dan carta alir.
  • Pengenalan kepada Algoritma
    • Pembangunan algoritma merupakan satu teknik pengitlakan yang mengandungi langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah.
    • Algoritma dibangunkan untuk membantu memahami  proses  yang  perlu  dilakukan  oleh  komputer, melakukan  penambahbaikkan kepada  algoritma dan menulis  algoritma  dengan  teratur, cekap  dan  mudah difahami.
  • Faedah yang diperoleh daripada kajian serta pembangunan algoritma yang dilakukan adalah seperti berikut:
    1. Memahami bagaimana komputer memproses urutan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan.
    2. Mempelajari cara menulis algoritma yang teratur, mudah dibaca dan difahami.
    3. Mempelajari cara menulis algoritma dengan cekap.
    4. Mempelajari cara melakukan penambahbaikan pada algoritma.
  • ii. Sort
    • Sort ialah proses mengisih atau menyusun item-item dalam suatu senarai linear mengikut urutan tertentu.
    • Dalam bidang perkomputeran, sort ialah teknik yang penting untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat.
    • Antara contoh sort dalam kehidupan seharian ialah:
    • Mengisih surat-surat di pejabat pos mengikut negeri.
    • Menyusun senarai nama murid mengikut abjad.
    • Menyusun murid-murid ke dalam barisan mengikut rumah sukan.
  • Perbandingan antara Search dan Sort
    • Persamaan
    • Memerlukan senarai.
    • Memerlukan algoritma.
    • Linear search dan bubble sort sesuai digunakan untuk senarai item yang sedikit.
    • Binary search dan bucket sort sesuai untuk item yang banyak.
    • Perbezaan
    • Search - Mencari item tertentu dalam senarai.
    • Sort - Mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun.
    • Algoritma ialah satu set langkah yang teratur untuk dilakukan bagi mencapai sesuatu hasil.
    • Algoritma  boleh  diwakili  oleh pseudokod dan carta alir.
    • Pseudokod ialah perwakilan algoritma dalam bahasa yang boleh difahami.
    • Carta alir adalah perwakilan algoritma dalam bentuk grafik.
    • Algoritma memudahkan seseorang untuk mengesan ralat yang ada pada output yang diperoleh dan dapat memastikan output yang dihasilkan adalah output yang diingini.
  • 3.1.4 Mengesan dan Membaiki Ralat dalam Pseudokod dan Melukis Carta Alir 
    • Apabila terdapat ralat dalam suatu algoritma, ia akan menyebabkan aturcara yang dibangunkan itu tidak dapat menghasilkan output yang dikehendaki.
    • Pengesanan ralat dalam algoritma adalah penting supaya proses pembaikian kod aturcara dapat dilakukan.
    • Semakan meja dan semakan  langkah demi langkah merupakan dua jenis pengesanan ralat dalam algoritma.
  • Pengesanan Ralat melalui Semakan Meja
    • Output perlu bergantung kepada pembolehubah semasa algoritma papar dipanggil.
    • Kesahihan output algoritma ditentukan dengan membandingkan output dijangka.
    • Output dijangka ditentukan dengan hitungan manual.
    • Output akan bersamaan dengan output algoritma jika algoritma adalah betul.
  • Pengesanan Ralat melalui Langkah Demi Langkah 
    • Jadual pembolehubah boleh digunakan untuk mengesan perubahan algoritma yang mengumpuk dan mengubah nilai pembolehubah.
    • Perubahan pada pembolehubah mungkin berlaku pada setiap baris algoritma.
  • Tujuan Pengujian dan Pembaikan Ralat
    • Untuk pembaikian algoritma.
    • Memastikan algoritma betul sebelum ditulis sebagai kod komputer.
    • Untuk memastikan logik algoritma adalah betul supaya pembaikiannya lebih senang.
  • Ciri-Ciri Ralat Algoritma
    • Berfungsi dan menjimatkan proses pengekodan.
    • Mudah difahami.
    • Berdasarkan kriteria reka bentuk.
    • Memenuhi  keperluan untuk menyelesaikan masalah.
  • Dua Jenis Ralat dalam Algoritma
    • Ralat  Logik
    • Output yang  dihasilkan adalah tidak tepat sebagaimana yang sepatutnya akibat kesilapan menulis formula, jenis data yang tidak sesuai atau nilai umpukan yang tidak betul.
    • Ralat Sintaks
    • Tidak ada semasa penulisan algoritma kerana ia hanya wujud jika ada kesilapan semasa menggunakan bahasa pengaturcaraan.
  • Langkah-Langkah Pengujian Ralat dalam Algoritma 
    1. Kenalpasti output yang dijangka
    2. Kenalpasti output yang diperolehi
    3. Bandingkan output yang dijangka dan diperolehi
    4. Laksanakan penambahbaikan kepada algoritma
  • 3.1.5 Membandingkan Algoritma Search dan Sort melalui Pengecaman Corak
    • Pengecaman corak adalah penting dalam proses pembangunan algoritma kerana para pengatur cara boleh mengenal pasti dan memahami corak masalah yang harus diselesaikan.
    • Pengecaman corak merupakan salah satu teknik untuk mengenal pasti ciri-ciri, struktur, bentuk input serta output yang terdapat dalam sesuatu masalah algoritma.
    • Kaedah  pengecaman corak  boleh digunakan untuk membandingkan masalah-masalah yang  hendak diselesaikan dengan masalah-masalah lain yang seiras  dan  telah  mendapat  penyelesaiannya.
    • 3.1.5 Membandingkan Algoritma Search dan Sort melalui Pengecaman Corak
    Jika corak masalahnya adalah seiras,  maka pengaturcara boleh menggunakan bentuk penyelesaian sedia ada untuk membina algoritma penyelesaian bagi masalah yang hendak diselesaikan.
  • Persamaan di antara Ciri-Ciri Algoritma Search dan Sort
    Persamaan
    Menggunakan senarai.
    Menggunakan gelung.
  • Perbezaan di antara Ciri-Ciri Algoritma Search dan Sort
    Algoritma Search
    • Membandingkan item carian dengan item tertentu dalam  senarai.
    • Mencari suatu item dalam senarai.
    • Boleh digunakan untuk senarai yang telah diisih atau belum.
    Algoritma Sort
    Isihan akan tamat jika semua item berada dalam urutan yang betul.
    Mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun.
    Digunakan untuk senarai yang belum diisih.
  • 3.1.6 Algoritma bagi Gabungan Search dan Sort
    • Gabungan algoritma search dan sort diperlukan untuk mempercepatkan dan memudahkan proses penyelesaian sesuatu masalah.
    • Selain itu, gabungan juga boleh dibuat diantara algoritma jenis search iaitu linear search dan binary search atau bubble sort dan bucket sort.
    • Gabungan teknik search dan sort akan membantu pengaturcara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah.
    • Selain itu, ia juga membolehkan pengaturcara mendapat output yang dikehendaki.
  • 3.1.7 Algoritma bagi Gabungan Search atau Sort
    • Selain menggabungkan teknik search dengan teknik sort, gabungan satu teknik carian dengan teknik carian yang lain dan gabungan satu teknik isihan dengan teknik isihan yang lain sering dilakukan untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah dalam kehidupan seharian.