ASK Bab 4.2

Cards (24)

  • Langkah Menyelesaikan Masalah dalam Fasa Analisi Masalah, Fasa Reka Bentuk dan Fasa Pengekodan
    • Dalam fasa analisis masalah, masalah perlu dileraikan kepada sub-masalah (pecahan yang lebih kecil).
    • Dalam fasa reka bentuk, pengguna harus menyediakan algoritma untuk setiap sub-masalah tersebut.
    • Dalam fasa pengekodan, pengguna akan menterjemahkan algoritma bagi tugas utama kepada atur cara utama dan algoritma setiap tugas kecil diterjemahkan kepada subatur cara yang dipanggil function atau procedure.
  • Langkah Menyelesaikan Masalah dalam Fasa Analisi Masalah, Fasa Reka Bentuk dan Fasa Pengekodan
    • Function dan procedure akan diguna pakai dalam atur cara utama bagi menyelesaikan masalah tersebut.
  • 4.2.1  Menerangkan Fungsi Struktur berikut dalam Atur Cara:  (i) Function & (ii) Procedure
    • Function dan procedure adalah sub program kecil yang berada dalam program utama.
    • Function dan procedure digunakan untuk menyelesaikan masalah khusus dengan paramater yang diberikan.
    • Parameter bermaksud pembolehubah yang digunakan oleh function mahupun procedure.
    • Function sesuai digunakan bagi subtugas yang perlu memulangkan satu nilai selepas tugas itu diselesaikan.
  • 4.2.1  Menerangkan Fungsi Struktur berikut dalam Atur Cara:  (i) Function & (ii) Procedure
    • Pengguna tidak perlu mengulangi taip aturcara yang sama.
    • Procedure sesuai digunakan dalam situasi di mana satu tugas perlu dilaksanakan berulang kali apabila ia diperlukan tanpa pemulangan nilai.
    • Procedure juga merupakan sub tugas dalam sesuatu aturcara yang membuat tugasan yang sama,  tetapi ia tidak perlu memulangkan nilai setelah melaksanakan tugas.
    • Sub aturcara function dan procedure boleh digunakan untuk melaksanakan tugas yang sama dan berulang-ulang.
  • 4.2.1  Menerangkan Fungsi Struktur berikut dalam Atur Cara:  (i) Function & (ii) Procedure
    • Kelebihan yang ada pada function atau procedure adalah kod aturcara akan nampak lebih kemas, mudah diselenggara dan mudah mengesan ralat yang wujud.
    • Function dan procedure mempunyai persamaan dan perbezaan yang jelas dari segi takrifan dan kegunaan.
    • Persamaan dan perbezaan antara function dan procedure adalah seperti berikut:
    Persamaan
    Aturcara boleh digunakan secara berulang-ulang dalam program yang sama atau lain.
    Ia membantu untuk memecahkan tugas yang rumit kepada sub aturcara yang lebih kecil.
    Aturcara juga akan mengembalikan kawalan.
    Ia akan memudahkan pengguna mengecam ralat dalam aturcara dan dapat membaikinya dengan mudah dan segera.
    Ia membantu untuk kurangkan kod aturcara yang sama dan berulang-ulang.
  • Perbezaan
    Function
    • Data akan dikembalikan.
    • Data yang dikembalikan adalah int, double, char, String, Array.
    • Kenyataan aturcara akan berakhir dengan return dan jenis data yang dikembalikan.
    • Perlu menerima nilai input.
    • Aturcara dicipta oleh pengaturcara dan juga yang tersedia dari aturcara.
    Procedure
    • Data tidak akan dikembalikan.
    • Data yang dikembalikan adalah void.
    • Kenyataan aturcara tidak berakhir dengan return.
    • Tidak semestinya menerima input.
    • Aturcara dihasilkan oleh pengaturcara.
  • (i) Function dalaman (built-in)
    • Built-in function merupakan fungsi yang sedia tersimpan dalam library bahasa pengaturcaraan.
    • Kod sumber untuk setiap built-in function tidak boleh dilihat oleh pengguna.
    • Setiap  built-in function mempunyai nama deskriptif yang mencerminkan tugas built-in function berkenaan.
    • Dalam pengaturcaraan Python, fungsi input dan fungsi output merupakan built-in function yang sering digunakan.
    • Tugas yang dilakukan oleh built-in function adalah terhad dan ringkas.
    • Ia memiliki nama-nama yang menggambarkan tugasnya antaranya adalah sum(), min() dan max ().
  • (ii) Function dihasilkan sendiri (user-defined)
    • User-defined function ialah satu set arahan yang ditulis oleh pengatur cara.
    • Ia melaksanakan suatu tugasan khas yang akan berulang dalam atur cara utama.
    • User-defined function mempunyai nama deskriptif yang mencerminkan tugasnya.
    • User-defined function ditulis kerana ketiadaan  built-in function.
    • User-defined function boleh menerima argumen dan memulangkan nilai kepada atur cara yang memanggilnya.
    • Perbandingan built-in function dengan user-defined function adalah seperti berikut:
    Persamaan
    Mempunyai nama (bahagian pengepala).
    Mempunyai badan function (set arahan).
    Mempunyai pernyataan return.
  • Perbandingan built-in function dengan user-defined function adalah seperti berikut:
    Perbezaan
    Built-in Function
    • Datang sekali dengan bahasa pengaturcaraan.
    • Perlu argumen.
    • Nama yang unik, deskriptif, terpelihara dan tidak boleh diubah.
    • Kod sumber tidak boleh dilihat.
    User-defined Function
    • Ditulis oleh pengatur cara.
    • Boleh ada atau tanpa argumen.
    • Boleh diberikan sebarang nama yang tidak bercanggah dengan kata-kata kunci dalam bahasa pengaturcaraan.
    • Kod sumber boleh dilihat dan diubah.
  • (i) Function
    • Function memecahkan program besar menjadi sub program yang lebih kecil
    • Penciptaan function jenis user-defined menggunakan kata kunci def untuk ishtihar dan diikuti dengan nama function menggambarkan tugasnya
    • Parameter dengan tanda ( ) adalah nama bagi pembolehubah yang menerima nilai yang dihantar ke function semasa ia dipanggil.
    • Badan function pula mengandungi aturcara arahan untuk melaksanakan tugas.
    • Function akan diakhiri dengan perkataan return.
    • Return akan memulangkan nilai yang telah dilaksanakan oleh fungsi tersebut.
  • (ii) Procedure
    • Procedure adalah lebih kurang sama dengan user-defined function.
    • Penciptaan procedure jenis user-defined menggunakan kata kunci def untuk ishtihar dan diikuti dengan nama procedure menggambarkan tugasnya.
    • Parameter dengan tanda ( ) adalah nama pembolehubah yang menerima nilai yang dihantar ke procedure semasa ia dipanggil.
    • Badan procedure pula mengandungi aturcara arahan untuk melaksanakan tugas.
    • Procedure tidak mempunyai perkataan return.
  • Kepentingan Penggunaan Function dan Procedure 
    1. Dapat digunakan secara terus atau berulang kali tanpa menulis kodnya
    2. Boleh diguna pakai dalam atur cara lain sekirannya tugasan yang sama diperlukan
    3. Mengurangkan kemungkinan berlakunya ralat
    4. Menjimatkan masa
    5. Boleh dikongsikan
    6. Memudahkan proses nyahpepijat
    7. Atur cara kelihatan lebih teratur, kemas, bermodular dan lebih mudah difahami
  • Fasa-fasa Pembangunan Atur Cara
    1. Fasa Analisis Masalah
    • Mengenal pasti masalah: Membina atur cara yang boleh melaksanakan empat operasi.
    • Mengenal pasti input, proses dan output.
    1. Fasa Reka Bentuk Atur Cara
    • Membangunkan algoritma bagi tugas-tugas kecil (sub-task).
    • Menulis pseudokod.
    • Melakar carta alir.
    • Mereka bentuk antara muka pengguna untuk input dan output data.
  • Fasa-fasa Pembangunan Atur Cara
    1. Fasa Pengekodan
    • Mengenal pasti penulisan sintaks-sintaks bagi function, procedure, input, proses dan output.
    • Mengenal pasti jenis data input yang harus digunakan.
    1. Fasa Pengujian & Nyahpijat
    • Untuk menguji aturcara, perlu klik pada menu Run > Run Module atau boleh juga tekan pada keyboard F5.
    • Jika gagal perlu semak semula kod aturcara.
  • 4.2.5  Menguji Atur Cara dan Membaiki Ralat pada Atur Cara yang Dihasilkan
    • Pengujian dan pembaikian ralat adalah penting dalam pembangunan atur cara.
    • Terdapat tiga jenis ralat dalam pengaturcaraan iaitu:
    1. Ralat sintaks (syntax error)
    2. Ralat masa larian (runtime error)
    3. Ralat logik (logic error)
  • 1. Ralat sintaks (syntax error)
    • Pembinaan atur cara perlu mematuhi set hukum, peraturan dan tatabahasa bagi bahasa pengaturcaraan itu sendiri.
    • Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai caranya yang tersendiri.
    • Sekiranya peraturan ini tidak diikuti, ralat sintaks akan terhasil.
    • Ralat sintaks mudah dikenalpasti kerana penterjemah akan memberitahu tempat berlaku kesilapan pengaturcaraan.
    • Sekiranya ralat sintaks berlaku, pembinaan aturcara tidak dapat dilakukan sehingga ianya diperbetulkan.
  • 2. Ralat masa larian (runtime err)
    • Ralat ini akan muncul apabila user-defined functionprocedure atau atur cara sedang dilaksanakan (executed).
    • Ralat masa larian akan menyebabkan pelaksanaan kod arahan terhenti secara tiba-tiba dan mesej ralat akan dipaparkan.
    • Ralat larian boleh berlaku apabila aturcara tidak boleh berhenti.
    • Ralat ini juga berlaku apabila nilai yang dimasukkan adalah tidak sama dengan nilai yang diishtiharkan
  • 3. Ralat logik (logic error)
    • Ralat logik akan menyebabkan atur cara melakukan sesuatu tindakan yang tidak dijangka
    • Ia juga akan memberikan output yang tidak sepatutnya
    • Ralat logik adalah sukar untuk dikesan
    • Ralat ini selalunya berpunca dari kesilapan penggunaan simbol operasi matematik atau kesilapan formula yang digunakan
  • 4.2.6  Menghasilkan Atur Cara yang Melibatkan Gabungan Struktur Kod Arahan bagi Menyelesaikan Masalah dalam Kehidupan Seharian
    • Atur cara yang mempunyai susunan struktur kod arahan yang sistematik, logik dan bermodular.
    • Atur cara yang bermodular dapat dihasilkan dengan penggunaan function dan procedure.
    • Penyelesaian masalah dengan menggunakan  atur cara melibatkan konsep pemikiran komputasional dalam fasa-fasa pembangunan atur cara.
  • 4.2.6  Menghasilkan Atur Cara yang Melibatkan Gabungan Struktur Kod Arahan bagi Menyelesaikan Masalah dalam Kehidupan Seharian
    • Fasa Menganalisis Masalah:
    • Gunakan teknik leraian untuk memecahkan masalah besar kepada beberapa bahagian kecil. Bahagian-bahagian kecil ini lebih mudah diuruskan.
    • Fasa Reka Bentuk Atur Cara:
    • Corak dan prinsip yang menghasilkan corak ini harus dikenal pasti.
    • Berdasarkan maklumat yang diperoleh, algoritma bagi atur cara perlu disediakan.
    • Kemudian, algoritma ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk pseudokod atau carta alir.
  • 4.2.6  Menghasilkan Atur Cara yang Melibatkan Gabungan Struktur Kod Arahan bagi Menyelesaikan Masalah dalam Kehidupan Seharian
    Fasa Pengekodan:
    • Procedure atau  function dihasilkan dahulu dan diuji supaya bebas ralat sebelum proses penulisan kod atur cara utama dimulakan.
    • Dalam fasa ini, algoritma diterjemahkan kepada kod arahan bahasa pengaturcaraan yang terpilih.
  • 4.2.6  Menghasilkan Atur Cara yang Melibatkan Gabungan Struktur Kod Arahan bagi Menyelesaikan Masalah dalam Kehidupan Seharian
    • Teknik-teknik pemikiran komputasional diaplikasikan mengikut kesesuaian dengan sintaks bahasa pengaturcaraan yang digunakan.
    • Selepas atur cara yang lengkap siap dikodkan, kod perlu diuji semula.