ciri-ciri negara bangsa alam melayu iaitu, raja, wilayah pengaruh, rakyat dan undang-undang
raja ialah tonggak utama kerajaan. contohnya raja champa yang dianggap suci dan dikaitkan dengan dewa siva
undang-undang dilaksanakan untuk menjamin kesejahteraan dan sebuah kerajaan. contohnya kerajaan majapahit mengamalkan undang-undang kutara manawa
wilayah pengaruh ialah kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. contohnya funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas
rakyat ialah penduduk di satu sebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka
ciri-ciri negara bangsa kesultanan melayu melaka iaitu, kerajaan, rakyat, kedaulatan, undang-undang, wilayah pengaruh dan lambang kebesaran
kedaulatan ialah lambang kekuasaan sultan. kedaulatan ini merupakan hak milik mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah
undang-undang kesultanan melayu melaka ada dua iaitu hukum kanun melaka dan undang-undang laut melaka
lambang kebesaran ialah identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan sultan melaka seperti adat istiadat, cap mohor dan pengunaan warna
sistem pentadbiran melayu melaka iaitu sultan, bendahara, penghulu bendahari, temenggung, laksamana, syahbandar, bentara, orang Kaya, hulubalang dan penghulu
sultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala aspek
bendahara menjalankan tugas sebagai pentadbir dan ketua turus angkatan tentera. beliau juga menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan
penghulu bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur
syahbandar mengutip cukai di pelabuhan, manakala pembesar yang lain (bentara, hulubalang, orang kaya dan penghulu) mengutip cukai di kawasan pegangan
temenggung menjaga keselamatan kota melaka
laksamana ialah panglima angkatan laut melaka
pembesar menguruskan pentadbiran di daerah kampung. mereka juga menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai