Geografi Bab 8

Cards (23)

  • Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk do sesuatu kawasan atau negara.
  • Kawasan berpenduduk padat menjadi tumpuan penduduk kerana kawasannya rata Dan subur serta sesuai untuk pelbagai kegiatan seperti perindustrian, pertanian, perniagaan dan perlombongan.
  • Antara bandar utama yang berpenduduk padat ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) , Kuching(Sarawak) , Ipoh (Perak), Johor Bahru (Johor) Dan Alor Setar (Kedah)
  • Kawasan berpenduduk sederhana banyak tertumpu di kawasan pertanian, pesisir pantai Dan bandar kecil.
  • Antara bandar berpenduduk sederhana ialah Tumpat (Kelantan), Dungun (Terengganu) Dan Felda Tunku (Sabah)
  • Kawasan berpenduduk jarang tertumpu di kawasan yang berhutan tebal Dan kawasan tanah tinggi.
  • Kawasan berpenduduk jarang melibatkan kawasan bergunung-ganang Dan kawasan pedalaman.
  • Antara kawasan berpenduduk jarang ialah Tasik Banding (Perak) , Kuala Tahan (Pahang) Dan Kapit (Sarawak)
  • Tanah pamah merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi Dan kawasan petempatan. Sebagai contoh, kawasan Dataran Kedah Perlis Dan Dataran Kelantan merupakan kawasan pertanian
  • Tanah tinggi
    • Kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk akibat darjah ketersampaian yang rendah.
  • Tanah tinggi
    • Kawasan kediaman juga sukar dibina Dan memerlukan kos yang tinggi kerana bentuk muka bumi tidak rata.
  • Tanah tinggi
    • Kawasan berpenduduk jarang melibatkan kawasan banjaran gunung di Malaysia, contohnya Ulu Tembeling, Pahang, kawasan Banjaran Kapuas Hulu, Sarawak Dan Banjaran Tahan, Pahang.
  • Pinggir laut Dan Saliran
    • Kawasan yang berpenduduk padat Dan sederhana padat
    • Menjadi tumpuan penduduk akibat pengaruh kegiatan ekonomi perikanan Dan pertanian
  • Pinggir laut Dan Saliran
    • Kawasan pesisir pantai Dan sungai menyediakan kemudahan perhubungan yang baik seperti di Besut, Terengganu, sepanjang Sungai Rajang, Sarawak Dan Sungai Kinabatangan, Sabah.
  • Pertanian
    • kegiatan pertanian di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang menjadikan kawasan tersebut berpenduduk padat.
  • Perlombongan
    • Kegiatan perlombongan petroleum dan gas asli di Kerteh, Terengganu dan Miri, Sarawak menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk.
  • Perikanan
    • Kawasan perikanan juga menjadi kawasan tumpuan penduduk
    • Kawasan perikanan berpenduduk sederhana padat, contohnya Semporna, Sabah , Tumpat, Kelantan dan Kemaman, Terengganu.
  • Perindustrian
    • Sektor perindustrian mampu menyediakan peluang pekerjaan yang menggalakkan penghijrahan penduduk.
    • Sebagai contoh, kawasan perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Shah Alam, Selangor, Batu Berendam, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan.
  • Infrastruktur
    • Kawasan yang mempunyai kemudahan seperti bekalan air, elektrik, kemudahan telekomunikasi serta kemudahan pengangkutan menjadi tumpuan penduduk.
    • Kawasan pedalaman berpenduduk jarang kerana tidak mempunyai kemudahan sosial yang lengkap.
  • Pendidikan
    • Kawasan yang mempunyai kemudahan pendidikan seperti pusat pengajian tinggi menjadi pilihan.
    • Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), Tanjung Malim (Perak) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai (Johor) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi (Selangor)
  • Pembukaan Bandar Baharu
    • Pembukaan bandar baharu dapat menarik lebih banyak penduduk berhijrah.
    • Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat.
  • Pewartaan Hutan Simpan dan Taman Negara
    • Langkah kerajaan mewartakan kawasan tertentu sebagai hutan simpan dan taman negara demi kelestarian alam menjadikan kawasan tersebut berpenduduk jarang.
    • Sebagai contoh, Taman Negara (Pahang), Taman Negara (Pualu Pinang) dan Hutan Simpan Royal Belum (Perak).
  • Tanah Rancangan
    • Pembukaan kawasan pertanian melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk sederhana padat.
    • Sebagai contoh, kawasan Felda Kampung Sertik (Pahang) dan Felda Sahabat (Sabah)