sejarah bab 7.1

Cards (27)

  • Selempas Tamadun Indus berakhir, berlaku perubahan dalam perkembangan Tamadun India.
  • Pusat Tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges
  • Perubahan ini merupakan tahap kedua dalam Tamadun India dan menjadi asas penting kepada perkembangan dalam tamadun tersebut.
  • Perkembangan yang berlaku di sekitar Lembah Ganges membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai Janapada.
  • Kerajaan-kerajaan Janapada kemudian membentuk kewujudan kerajaan yang lebih besar yang dikenali sebagai Mahajanapada.
  • Magadha yang terletak di timur laut India muncul sebagai kuasa penting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India, antara tahun 540 hingga 490SM
  • Kemunculan Magadha memainkan peranan penting dalam tahap perubahan sistem politik di India melalui perluasan kuasa dan menjadi asas kepada kewujudan kerajaan-kerajaan lain seperti Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta.
  • Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta berjaya menonjolkan kehebatan memperluaskan kuasa sehingga membentuk kerajaan dan empayar yang luas.
  • Faktor-faktor perluasan kuasa dalam Tamadun India
    • kewangan
    • kekuatan ketenteraan
    • dasar pemerintahan
    • diplomasi keagamaan
    • sumber manusia
  • Kewangan
    • Setiap perluasan kuasa perlu mendapat pembiayaan secukupnya daripada perbendaharaan kerajaan tanpa kewangan yang kukuh, usaha ini menghadapi kesukaran.
  • Kekuatan ketenteraan
    • Sesebuah kerajaan perlu mempunyai pasukan tentera yang kuat. Pasukan tentera juga digunakan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.
  • Dasar pemerintahan
    • Pemerintahan yang diketuai oleh raja menentukan dasar perluasan kuasa sesuatu kerajaan
  • Diplomasi keagamaan
    • Pemerintah yang bijak tidak hanya bergantung pada aspek ketenteraan semata-mata. Aspek keagamaan dan kemanusiaan turut berperanan dalam memperluaskan kuasa dan pengaruh kerajaan.
  • Sumber manusia
    • SUmber manusia yang cukup, menjamin sesebuah kerajaan ditadbir dengan baik dan berkesan.
  • Bentuk perluasan kuasa
    Fizikal
    • perluasan fizikal bermakna perluasan kuasa yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain
    • Dalam Tamadun India, perluasan fizikal dapat disaksikan dalam perkembangan Dinasti Nanda, Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta
  • Dinasti Nanda
    • perluasan kuasa dilakukan dengan kekuatan ketenteraan
    • pasukan tentera zaman ini mempunyai 20000 kavalri, 200000 infantri dan 3000 tentera bergajah
  • Dinasti Maurya (Fizikal)
    • kekuatan ketenteraan juga menjadi asas perluasan kuasa Zaman Dinasti Maurya, terutamanya ketika Zaman Chandragupta Maurya dan Asoka
    • Usaha perluasan kuasa pada Zaman Chandragupta Maurya sangat bergantung pada kekuataan ketenteraannya dengan memiliki 9000 tentera bergajah, 30000 kavalri dan 600000 infantri.
  • Dinasti Maurya (Fizikal)
    • Setelah memegang kuasa, Asoka berusaha menguasai kawasan-kawasan yang belum lagi ditakluki di bawah kekuasaan Maurya. Antara kawasan yang masih belum dikuasai termasuklah Kalinga
    • Kalinga berjaya dikuasai, namun jumlah nyawa yang terkorban begitu besar
    • Keadaan ini telah memberi kesedaran kepada Asoka
    • Pemerintahannya berubah menjadi lebih toleran dan bertanggungjawab.
  • Dinasti Gupta
    • perluasan kuasa pada zaman Gupta diterajui oleh Chandargupta I yang memerintah antara tahun 320M hingga 335M
    • Pataliputra turut dijadikan pusat pemerintahan dinasti ini
    • Chandragupta I telah menjadikan ketenteraan sebagai kaedah untuk memperluas kuasa hingga mampu menguasai kawasan yang luas menganjur dari Punjab hingga Bengal
  • Keagamaan
    • merupakan kaedah merentas sempadan
    • penekanan kepada aspek keagamaan membolehkan nama Dinasti Maurya terutamanya Zaman Asoka begitu dikenali di serata dunia.
  • Setelah perang Kalinga, Asoka menghentikan usaha perluasan secara fizikal dan mengumpulkan kepada pengembangan agama Buddha.
  • Untuk mengukuhkan pembinaan negara, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam pemerintahannya, Asoka telah diukir pada tiang batu yang diletakkan di kawasan strategik, yang dikenali sebagai tiang Asoka.
  • Di bawah naungan Asoka, misi pengembangan agama Buddha telah giat dilakukan.
  • Misi penyebaran agama Buddha ke Sri Lanka diketuai oleh Mahendra, sementara ke Asia Tenggara oleh Sona dan Uttara.
  • Misi tersebut telah dihantar ke Tibet, Nepal, Alexandria, Antioch, Bactria dan Burma.
  • Dinasti Gupta
    • ketika Zaman Gupta pula penekanan diberikan kepada agama Hindu hingga agama ini mengalami perkembangan yang sangat pesat.
    • Pemerintahan Gupta menekankan hal-hal berkaitan kebudayaan, kesusasteraan, seni bina, perdagangan dan pemerintahan berasaskan kepada Agama Hindu
  • Dinasti Gupta
    • Raja Samudragupta (335M hingga 376M) meminati puisi-puisi berbentuk keagamaan hingga menyebabkan beliau dikenali sebagai Kaviraja iaitu raja penyair
    • Penekanan kepada agama Hindu dalam dinasti ini membolehkan Zaman Gupta dikenali sebagai zaman keemasan dalam Agama Hindu.