Sisa domestik terdiri daripada pepejal dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai bahan organik dan bahan bukan organik
Bahan organik
Boleh diuraikan dan dilupuskan
Dihasilkandarisumber haiwandan tumbuhan
CONTOH: Sisa makanan, sisa kebun dan kertas
Bahan Bukan Organik
Sukar diuraikan dan dilupuskan
Dihasilkan dari sumber mineral
CONTOH: Tin, plastik, besi buruk dan kaca
Sisa Domestik
Sisa Pepejal
Sisa Cecair
Sisa pepejal
Sisa makanan
Plastik
Kertas
Logam
Perabot
Lampinpakaibuang
Sisa Cecair
Minyak masak
Kumbahan
Pencemaran
Pembuangan sampah sarap secara langsung akan menyebabkan pencemaran, seperti:
Pencemaran air - Sumber air terutamanya sungai akan tercemar apabila sampah sarap dibuang ke kawasan sumber air
Pencemaran udara - Udara tercemar disebabkan pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan sampah
Pencemaran bau - Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau.
Wabak Penyakit
Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan lalat.
Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi, malaria, zika dan rotavirus.
Peningkatan Kos Penyelenggaraan
Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT)
Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT melibatkan kos penyelenggaraan tapak pelupusan, baik pulih kemusnahan, perawatan air tercemar dan gaji pekerja pembersihan.
Banjir Kilat
Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat
Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak sehingga banjir kilat berlaku.