bab 1 - mengenali sejarah

Cards (31)

  • Definisi sejarah secara umum
    • peristiwa yang berlaku pada masa lalu
  • Bahasa Melayu
    • istilah sejarah berasal dari perkataan Arab, syajaratun yang bererti pokok
    • sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul
  • Kamus Dewan
    • asal usul (keturunan) , salasilah
    • perisitiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo
    • kajian atau pengetahuan tentang perstiwa-peristiwa yang telah lalu
  • Bahasa Inggeris
    • history bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani, historia yang bererti penyelidikan
  • Herodotus
    • Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa
  • E.H. Carr
    • Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau
  • Ibn Khaldun
    • Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu
  • Khoo Kay Kim
    • Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang
  • Muhd Yusof bin Ibrahim
    • Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
  • Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku.
  • dekad (10 tahun)
  • abad (100 tahun(
  • alaf (1000 tahun)
  • Sumbr primer
    • sumber belum diolah atau diterbitkan
    • bersifat asli
    • belum ditafsir
    CONTOH
    • fosil
    • artifak
    • bukan artifak
    • batu bersurat
    • keterangan lisan
    • dokumen rasmi
    • manuskrip
    • fail rasmi jabatan
    • surat peribadi
    • diari
  • Sumber sekunder
    • bahan yang telah diolah dan diterbitkan
    • bahan tersebar kepada umum
    CONTOH
    • buku
    • akhbar
    • majalah
    • jurnal
    • ensiklopedia
    • risalah
  • Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdaganan. Peralatan ini diperbuat daripada batu, kaca dan logam.
  • Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan.
  • Ensiklopedia merupakan satu daripada sumber sekunder. Bahan yang terkandung dalam ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.
  • Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis
  • Kaedah bertulis
    1. Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi
    2. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
    3. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh
    4. Menggunakan peralatan yang sesuai
    5. Menganalisis
  • Kaedah Lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. Tokoh yang dipipih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber. Orang sumber biasanya terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.
  • Tahap-tahap kaedah lisan
    (A) PERSEDIAAN
    • menentukan tokoh
    • menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual
    • memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah
    (B) RAKAMAN TEMU BUAL
    • membuat perseidaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu
    • Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian
    (C) MEMPROSES RAKAMAN
    • membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman
    • menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis
    • menyimpan rakaman dengan baik
  • Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah.
  • Aktivit Gali Cari di Tapak Penemuan
    1. Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan
    2. Menandakan kawasan berdasarkan pelan
    3. Ekskavasi dengan mencatatkan semua penemuan
  • Antara bahan tingglan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.
  • Arkeologi bawah air ialah kajian santifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik
  • Kerja-kerja di Makmal Arkeologi
    1. Pemunggahan dan pengisihan. Pengisihan biasanya mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak dijumpai
    2. Pembersihan dilakukan sebelum dikaji
    3. Pengkatalogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan
    4. Penganalisisan bagi mendapatkan sesuatu artifak
  • Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
  • Faktor Perbezaan Tafsiran Sejarah
    • pemilihan sumber yang pelbagai
    • perbezaan pandangan
    • perbezaan ideologi
    • tujuan penulisan
  • Kepentingan tafsiran
    • Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh
    • Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza
    • Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dan menggunakan pelbagai sumber sejarah
  • KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH
    • mengenal asal usul
    • mengambil iktibar
    • memupuk patriotisme
    • mengukuhkan perpaduan
    • membangunkan negara dan bangsa
    • mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah