Bumi ialah planet yang berbentuk sfera dan mempunyai keluasan permukaan 510 juta km persegi dan diliputi 71% daripada permukaan bumi oleh air dan 29% ialah daratan
Atmosfera
lapisan udara yang menyelubungi bumi
mengandungi pelbagai gas, debu, asap serta wap air
terdiri daripada 5 lapisan, dari atas (eksosfera, termosfera, mesosfera, stratosfera dan troposfera)
Kerak bumi
lapisan bumi yang paling keras dan pejal
Dua lapisan sial dan sima
Sial terletak di bahagian atas kerak bumi membentuk benua di permukaan bumi
Sima terletak di bawah sial dan di dasar lautan
Mantel
terletak di bawah lapisan kerak bumi
Merangkumi dua pertiga jisim bumi
Bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair
Teras bumi
lapisan yang paling dalam
mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi
teras luar dan teras dalam
Litosfera
lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel
mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral
Hidrosfera
meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi
Biosfera
kawasan yang didiami oleh semua benda hidup
melibatkan bahagian kerak bumi dan atmosfera
Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi
Benua Asia
benua terbesar di dunia
meliputi kepuasan 55.8 juta km persegi
Benua Afrika
benua kedua terbesar
30 juta km persegi
Benua Amerika Utara
benua ketiga terbesar
24.5 juta km persegi
Benua Amerika Selatan
benua keempat terbesar
17.8 juta km persegi
Hanyutan benua
Pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan berlakunya perubahan kedudukan benua. Walaupun proses pemisahan plat terjadi dengan sangat perlahan, ahli sains membuktikan kemungkinan kedudukan benua pada masa sekarang adalah kesan daripada hanyutna benua
Gunung Lipat
Pergerakan dan pertembungan plat bumi akan menyebabkan berlakunya pembentukan gunung lipat
Pergerakan dan pertembungan ini berlaku apabila terdapatnya daya mampatan pada kerak bumi
Tolakan serta himpitan dua plat dari arah bertentangan akan menyebabkan kerakbumitermampat, seterusnya membentuk banjaran gunung lipat
Gunung Bongkah
Gunung bongkah terbentuk akibat pergerakan kerak bumi yang disebut gelinciran atau sesaran
Proses gelinciran biasanya berlaku di sempadan plat bumi di daratan atau di lautan akibat pengaruh daya tegangan atau mampatan
Gempa bumi
Gempa bumi berlaku apabila wujudnya daya tekanan akibat pertembungan dan himpitan antara plat. Proses tersebut akan menghasilkan gegaran di kawasan sempadan plat
Kejadian gempa bumi di dasar laut berpotensi mengakibatkan tsunami
Gunung Berapi
Gunung berapi terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang mewujudkan zonbenam
Salah satu plat akan terjunam ke bawah dan seterusnya bertemu dengan lapisan mantel. Proses tersebut akan membentuk magma dan lava
Plat yang terangkat akibat pertembungan akan membentuk gunung dan rekahan
Cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi seterusnya membentuk gunung berapi