Cards (29)

  • Secara umumnya, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mempunyai petempatan dan cara hidup yang berbeza dari segi pemerintahan, ekonomi dan sosial.
  • Masyarakat Arab tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi oleh padang pasir Syam di sebelah utara, Laut Arab di selatan, Teluk Parsi di timur dan Laut Merah di barat
  • Di kawasan tengah atau wilayah Hijaz, terdapat tiga ibu kota penting iaitu
    • Makkah
    • Madinah
    • Taif
  • Makkah, Madinah dan Taif terletak pada kedudukan yang strategik yang membolehkannya berkembang dari segi perdagangan dan pertanian.
  • Selepas keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300M berlaku kemerosotan ekonomi dalam masyarakat Arab
  • Kehidupan sosial yang lemah menyebabkan masyarakat ketika itu tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya.
  • Masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah
  • Jahiliah berasasl daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud jahil
  • Politik
    Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok kumpulan kabilah iaitu kaum Hadhari dan kaum Badwi.
    • Kaum Hadhari tinggal di kota dengan menjalankan perniagaan dan memiliki binatang ternakan.
    • Kaum Badwi pula hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan.
    • Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh.
  • Politik
    • Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat assabiyah. Mereka bermegah dengan kabilah masing-masing. Mereka juga sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
    • Di kawasan Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir dan memajukan perdagangan. Namun begitu, Makkah pernah diancam musuh. Contohnya, Abrahah, pemerintah Habsyah yang ingin menghancurkah Kaabah.
    • Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti Darun-Nadwah
  • Ekonomi
    • Semenanjung Tanah Arab mempunyai tanah yang kurang subur untuk pertanian.
    • Di Yaman pula terdapat tanaman gandum dan kopi yang amat bergantung pada hujan
    • Sekoi dan padi juga diusahakan di beberapa tempat di Oman. Kemenyan pula merupakan tanaman berharga yang dihasilkan di Hadramaut dan Mahra.
    • Dalam kalangan kaum Badwi, terdapat masyarakatnya yang menternak secara nomad
    • Terdapat juga kaum Badwi yang mengamalkan sistem tukar barang
    • Dalam kalangan kaum Hadhari pula terdapat sesetengah daripada mereka yang keluar berdagang secara kafilah.
  • Ekonomi
    • Pada peringkat awalnya, masyarakat Yaman memasarkan hasil dagangan dari Hadramaut dan India, serta membawanya juga ke Syam dan Mesir
    • Sejak abat keenam Masihi, masyarakat Hijaz pula menjadikan Makkah sebagai pusat dagangan yang baharu. Penduduk Hijaz pula membeli barang dari Yaman dan Habsyah lalu menjualkannya di Syam dan Mesir.
    • Ketika itu, laluan perdagangan merentasi benua dikenali sebagai Laluan Sutera telah menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.
    • Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah hanya mementingkan keuntungan, mengamalkan riba dan menipu timbangan
  • Perniagaan masyarakat Arab Jahiliah hanya mementingkan keuntungan, mengamalkan riba dan menipu timbangan
  • Laluan perdagangan merentasi benua yang dikenali sebagai Laluan Sutera menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia.
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • Terdapat masyarakat yang emnilik nasib untuk meramal masa depan mereka
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • Mereka juga mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • Mereka memandang rendah kepada kaum wanita dan memberi penghormatan lebih kepada anak lelaki
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • Mereka hidup dalam kemaksiatan seperti berjudi, berzina, meminum arak dan bersifat angkuh
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • Hamba juga dipandang hina dan mempunyai status terendah dalam kalangan masyarakat.
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • Namun begitu terdapat sikap yang baik dalam kalangan masyarakat Arab ketika ini seperti
    1. memuliakan tetamu
    2. menepati janji
    3. menghormati tuan rumah
    4. menjaga kehormatan diri
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • mereka sanggup menghadapi kesukaran dengan kegigihan. Malahan mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk tetamu, golongan miskin dan lemah
    • Contohnya, mereka akan memasang api di tempat tinggi bagi membantu pengembara yang sesat. Apabila seseorang itu meminta bantuan sesuatu kaum, maka menjadi tanggungjawab kaum tersebut melindunginya.
  • Adat dan Kehidupan Seharian
    • Sebilangan kecil masyarakat Arab ketika itu tahu bersyair, bersajak dan berpidato. Karya yang dianggap bermutu akan dibaca dalam temasya-temasya tahunan di Pasar Ukaz dan digantung di Kaabah.
  • Wathani
    • Mereka menyembah berhala. Antaranya termasulkan al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan Hubal. Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah
  • Majusi
    • Mereka menyembah api. Agama ini berasal dari negeri Parsi. Kebanyakan penganut agama ini tinggal di Yaman, Oman dan Bahrain kerana kawasan ini dipengaruhi oleh Parsi.
  • Yahudi
    • Agama ini dianuti oleh Bani Israel yang tinggal di utara Semenanjung Tanah Arab
  • Nasrani
    • Agama ini dianuti oleh Bani Israel. Agama ini dikembangkan di utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan dan Hirah.
  • Animisme
    • Terdapat juga masyarakat yang mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada roh dan kuasa ghaib
  • Hunafa
    • Ketika ini juga masih terdapat penganut yang mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS.
    • Mereka mengamalkan sistem kabilah yang diketuai oleh seorang syeikh.