Di Malaysia, terdapat pokok meranti, jelutong, cengal, merbau dan seraya, sedangkan di Amazon, terdapat pokok wimba, Brazilian mahagoni, lapuna, ficus dan getah.
Tanah pamah di Thailand, Laos, Myanmar, Filipina, India dan Bangladesh dilitupi oleh Hutan Monsun Tropika seperti pokok jati, cendana, pyinkado, damar, mahogani, teak dan sal.
Di Malaysia, terdapat hidupan liar seperti gajah, harimau, badak, sumbu pelbagai spesies monyet, arnab, rusa dan musang, sedangkan di Amazon, terdapat hidupan liar seperti puma, jaguar, anakonda dan ikan pirana.
Bahan organik terhasil daripada proses pereputan sisa tumbuhan dan bangkai haiwan manakala bahan bukan organik terhasil daripada proses pemecahan batuan akibat tindakan luluh hawa.
Kawasan yang bertakung air akan membentuk kawasan paya air tawar, manakala di kawasan pinggir laut yang berlumpur akan membentuk kawasan paya air masin.
Kawasan bersaliran baik dan tidak bertakung air merupakan kawasan yang subur dan dilitupi oleh banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti yang terdapat di kawasan Hutan Tropika, Hutan Monsun Tropika, Hutan Konifer dan Hutan Mediterranean.