Sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Terdiri daripada tanah, modal, buruh dan usahawan.
Tanah
Sumber alam semula jadi.
Penawaran tanah adalah terhad.
Tidak mempunyai mobiliti tempat kerana tidak boleh bergerak
Mempunyai mobiliti kegunaan.
Ganjaran - Sewa.
Contoh - tapak semaian pertanian, tapak pembinaan rumah
Buruh
Menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
Terdiri daripada buruh:
Mahir - berpendidikan tinggi memiliki kemahiran profesional tertentu
Cth - doktor, guru
Tak mahir - berpendidikan rendah
Cth - pekerja kilang
Buruh mempunyai mobiliti pekerjaan dan mobiliti geografi yang tinggi iaitu mudah bertukar pekerjaan dan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ganjaran: Upah
Modal
Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi kerana mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti mesin.
Bangunan dan kilang pula adalah tidak mempunyai mobiliti geografi yang tinggi.
Ganjaran: Faedah.
Contoh: Mesin, Jentera dan Kilang.
Usahawan
Seorang individu yang kreatif,inovatif, berani menghadapi risiko, tidak mudah berputus asa, rajin dan gigih
Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Bertujuan untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum atau meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang maksimum.
terdiri daripada 3 unit ekonomi iaitu isi rumah, firma dan kerajaan
ada 3 masalah ekonomi iaitu kekurangan, pilihan dan kos lepas. (KoPi KL)
masalah ekonomi isi rumah
kekurangan sumber pendapatan/wang
perlu membuat pilihanbarangan yang dapat memaksimumkan kepuasan
cth : dia memilih telefon
maka, wujud kos lepas iaitu barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan iaitu tv
masalah ekonomi firma
kekurangan faktor pengeluaran seperti buruh, tanah dan modal
perlu membuat pilihankeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan
cth : dia memilih kelapa sawit
maka, wujud kos lepas iaitu keluaran/output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan iaitu pokok getah
masalah ekonomi kerajaan
kekurangan hasil negara
perlu membuat pilihanprojek pembangunan yang dapat memaksimumkan kebajikan rakyat
cth : dia memilih projek hospital
maka, wujud kos lepas iaitu projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan iaitu projek sekolah
Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu
Andaian menganalisis KKP
Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang.
Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap.
Tingkat teknologi adalah tetap
Titik G
berada di luar kawasan KKP
Berlaku ketidakupayaan ekonomi
Ekonomi tidak mampu mengeluarkan barang
Ekonomi mengalami kekurangan faktor pengeluaran kombinasi buruh dan modal
Titik A, B, C dan D - Masalah pilihan
Titik berada di atas KKP
Semua sumber ekonomi digunakan sepenuhnya (mencapai guna tenaga penuh)
Keluaran telah berada pada tahap maksimum
Tambahan pengeluaran makanan akan berlaku jika pengeluaran pakaian dilepaskan (wujud kos lepas)
Titik F
Titik berada di dalam kawasan KKP
Berlaku ketidakcekapan ekonomi
Ekonomi gagal menggunakan faktor pengeluaran sepenuhnya
Berlaku masalah pengangguran dan pembaziran
Kombinasi D
Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan makanan (5 tan) dan tiada pakaian dikeluarkan (0 helai)
Kombinasi A
Semua faktor pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan pakaian (10 helai) dan tiada makanan dikeluarkan (0 tan)
Kos lepas barang X = perubahan barang X / perubahan barang Y
Tanda negatif menunjukkan bentuk keluk KKP yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan iaitu mempunyai kecerunan negatif.
Kos lepas yang semakin meningkat ditunjukkan oleh KKP yang berbentuk cembung ke titik asalan.
Konsep Kos Lepas
Keluk Kemungkinan Pengeluaran berbentuk cembung - Menunjukkan kos lepas semakin meningkat.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran bergaris lurus - menunjukkan kos lepas adalah malar.