Sejarah Form 2

Subdecks (3)

Cards (55)

  • 1)Profesor Emeritus Dato' Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
    • Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan Taiwan
  • 2)Abdul Hadi Haji Hassan
    • Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu hingga Thailand
  • 3)Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr.) Ismail Hussein
    • Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina
  • 4)Alfred Russel Wallace
    • Kepulauan Melayu meliputi kawasan Tenasserim hingga Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea
  • 5)Profesor Dr. Ding Choo Ming
    • Dunia Melayu merupakan sebbuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina
  • (1)Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar
    • Apabila membuat perbandingan bahasa - bahasa seumpun di Alam Melayu, terdapat pertalian kekeluargaan bahasa - bahasa ini dengan Bahasa Melayu
  • (2)Sutan Takdir Alisjahbana
    • Sifat orang melayu yang gemar belayar telah mengembangkan lagi Bahasa Melayu ke Alam Melayu
    • Sifat Bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu
  • Alam Melayu
    Dunia Melayu dan Kepulauan Melayu
  • Bahasa Melayu
    Dalam bahasa Austronesia
  • Negara Alam Melayu yang serumpun dengan Malaysia
    • Indonesia
    • Brunei
    • Filipina
    • Sabah dan Sibu, Sarawak
  • Aspek-aspek budaya serumpun
    • Bahasa dan tulisan
    • Persatuan
    • Adat
    • Struktur Sosial
    • Kesenian
    • Kepercayaan
  • Dato' A. Aziz Deraman: 'Antara bidang keseniaan di Alam Melayu merupakan pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri yang merupkana ciptaan asli di Alam Melayu. Nilai-nilai serumpun wujud di Alam Melayu terutamanya gotong-royong'
  • Ketujuh kerajaan di Alam Melayu
    • Funan
    • Champa
    • Srivijaya
    • Angkor
    • Majapahit
    • Kedah Tua
    • Gangga Nagara
  • Funan
    Berada di Lembah Sungai Mekong dan berpusat di Vyadhapura pada abad pertama
  • Champa
    Berada di Selatan dan Tengah Vietnam dan berpusat di Indrapura pada abad kedua
  • Kedah Tua
    Berada di Sungai Mas dan Lembah Bujang dan berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang pada abad kelima
  • Gangga Nagara
    Berada di Pantai Barat bahagian tengah Tanah Melayu dan berpusat di Pangkalan pada abad keenam
  • Srivijaya
    Berada di Lembah Sungai Musi, Sumatera dan berpusat di Palembang pada abad ketujuh
  • Angkor
    Berada di Lembah Sungai Mekong dan berpusat di Hariharalaya pada abad kesembilan
  • Majapahit
    Berada di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur dan berpusat di Kota Trowulan pada abad ke-13
  • Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman pada abad pertama
    • Funan
    • Empayar Rom
    • Empayar Parsi
    • Empayar Kushan
    • Dinasti Han
  • Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman pada abad kesembilan
    • Champa
    • Angkor
    • Srivijaya
    • Kerajaan Assabiyah
    • Empayar Byzantine
    • Kerajaan Chola
    • Dinasti Tang
  • Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman pada abad ke-empat belas
    • Champa
    • Angkor
    • Majapahit
    • Empayar Mogol
    • Kerajaan Turki Uthmaniyah
    • Kesultanan Delhi
  • Hubungan perdagangan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar
    Pemerintah Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan luar kerana kedudukan strategik, iaitu terletak di laluan perdagangan timur dan barat, serta kekayaan hasil bumi. Amalan sikap keterbukaan pemerintah kerajaan Alam Melayu telah mendorong perkembangan hubungan perdagangan
  • Penyebaran agama Hindu di Alam Melayu
    Melalui golongan Brahmin dan tentera serta peranan pedagang
  • Penyebaran agama Buddha di Alam Melayu
    Pemerintah empayar Maurya, Asoka telah menghantar sami-sami Buddha untuk menyebarkan agama Buddha ke Alam Melayu
  • Penyebaran agama Islam di Alam Melayu
    Melalui peranan pemerintah dan para pedagang Islam serta pendakwah
  • Hubungan diplomatik kerajaan Funan dengan China dan India
    Untuk meminta bantuan tentera China bagi menentang Dai Viet dan mengukuhkan hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India
  • Hubungan diplomatik kerajaan Champa dengan China
    Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet
  • Hubungan diplomatik kerajaan Srivijaya dengan China dan India
    Mengukuhkan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan China serta hubungan keagamaan dengan India
  • Hubungan diplomatik kerajaan Kedah Tua dengan China
    Mengukuhkan hubungan persahabatan
  • Hubungan diplomatik kerajaan Angkor dengan China dan India
    Mengukuhkan hubungan persahabatan dengan China dan India
  • Hubungan diplomatik kerajaan Majapahit dengan China dan India
    Mengukuhkan hubungan persahabatan dengan China dan India