Bayi dan kanan-kanak mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi
Hal ini kerana, kanak-kanak memerlukan oksigen untuk proses tumbesaran, oleeh itu jantung perlu mengepam darah dengan lebih kerap
Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadinya
Jantina
Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi berbanding lelaki
Hal ini kerana, saiz jantung perempuan lebih kecil, maka jantung perlu mengepam darah dengan lebih kerap bagi memastikan oksigen cukup untuk sel-sel badan
Aktiviti fizikal
Orang yang aktif atau menjalankan aktiviti fizikal yang berat mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi
Hal ini kerana, individu yang menjalani aktiviti fizikal berat memerlukan lebih oksigen, oleh itu jantung perlu berdenyut dengan lebih cepat
Kesihatan badan
Kadar denyutan nadi seseorang individu yang kurang sihat lazimnya lebih tinggi atau lebih rendah
Kadar denyutan nadi yang terlalu tinggi atau terlalu rendah adalah berbahaya dan mampu membawa maut
Hal ini kerana, individu yang kurang sihat memerlukan lebih banyak oksigen untuk proses penyembuhannya, oleh itu jantung berdenyut dengan lebih cepat
Emosi
seseorang yang mempunyai masalah emosi mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi
Hal ini kerana, dalam keadaan marah atau tekanan, lebih banyak hormon adrenalina dirembaskan mengakibatkan jantung berdenyut dengan lebih cepat