T5

Cards (43)

  • Raja Berperlembagaan
    Sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan, iaitu Perlembagaan Malaysia
  • Institusi dalam sistem Raja Berperlembagaan
    • YDPA
    • Majlis Raja-Raja
  • Sistem beraja telah wujud di Tanah Melayu sejak zaman berzaman lagi, contohnya Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Melayu Pahang, Kesultanan Melayu Kelantan, Kesultanan Melayu Selangor dll
  • Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
    31 Ogos 1957
  • YDPA
    Ketua Utama Negara, dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja di negeri-negeri Melayu
  • YDPA juga ketua bagi raja-raja seluruh negara manakala Sultan, Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan) dan Raja (Perlis) merupakan Ketua Negeri masing-masing
  • Sistem Raja Berperlembagaan

    • Raja tidak berkuasa secara langsung
    • Kuasa Raja diwakilkan kepada Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri
    • Raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak berdasarkan nasihat yang diberikan
    • Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik
  • Sejak beratus-ratus tahun Tanah Melayu mempunyai sejarah kesultanannya yang tersendiri, di mana Sultan merupakan puncak kuasa dalam semua hal ekonomi, politik dan sosial
  • Kedatangan penjajah terutamanya Inggeris telah mengubah sistem kesultanan dan struktur penduduk negeri-negeri Melayu dengan kehadiran pelbagai kaum atau keturunan
  • Ciri utama struktur negeri dan struktur penduduk di ambang Tanah Melayu merdeka

    • Ada sembilan buah negeri, masing-masing telah mantap dengan sistem pentadbiran tersendiri
    • Ada sistem beraja di mana raja/sultan semenjak berkurun lamanya telah menjadi 'tuan utama' bagi negeri dan rakyat
    • Ada sekurang-kurangnya tiga kaum utama
  • Tiga sistem pemerintahan yang digunakan untuk menyesuaikan dengan keadaan tersebut
    • Raja Berperlembagaan
    • Demokrasi Berparlimen
    • Federalisme atau Persekutuan
  • Ketiga-tiga sistem ini memberi perhatian dan kepuasan kepada semua pihak seperti soal kedudukan raja atau sultan, autonomi dan peranan kerajaan-kerajaan negeri, serta kepentingan rakyat pelbagai kaum
  • Keseimbangan
    Satu jaminan 'kestabilan' dalam sistem Raja Berperlembagaan, di mana soal keseimbangan untuk kestabilan seolah-olah telah dijadikan falsafah untuk memandu sistem ini
  • Keseimbangan merujuk kepada
    • Peraturan-peraturan kedudukan Raja
    • Tanggungjawab penduduk Malaysia seperti di dalam Perlembagaan
  • Jika kita memelihara undang-undang (patuh, hormati serta membantu pelaksanaannya)

    Undang-undang akan menjaga keselamatan dan hak kita
  • Institusi YDPA menjamin pengekalan hak asasi dan perlindungan-perlindungan lain

    Kita hendaklah menghormati dan menghargai institusi itu supaya fungsinya terus berjalan lancar
  • Negara seumpama rumah besar dengan segala mekanisme dan kemudahan untuk menjaga kepentingan kita
    Kita imbangi perlindungan yang diberi dengan azam dan tanggungjawab kita menjaganya dengan rasa cinta terhadap negara
  • Yang di-Pertuan Agong
    • Ketua Utama Negara, yang mengetuai badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman
    • Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak mempunyai Raja
  • Mengikut Perlembagaan, baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas tugas-tugas rasmi baginda sebagai ketua eksekutif (mempunyai imuniti dalam hal-hal rasmi)
  • Baginda hanya boleh didakwa dalam Mahkamah Khas yang diperuntukkan di bawah Bahagian XV (PP) (ini bermakna bahawa YDPA tidak mempunyai imuniti (kekebalan) yang mutlak dari sisi undang-undang)
  • YDPA ditetapkan oleh Perlembagaan untuk menjalankan tanggungjawab yang besar seperti melindungi hak dan keselamatan rakyat
  • Amalan konsep Raja Berperlembagaan ini menunjukkan bahawa sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memelihara keadilan dan setiap warganegara adalah tertakluk kepada undang-undang negara
  • Perkara 150 – YDPA berkuasa mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu yang mengancam keselamatan negara
  • Senarai YDPA
    • Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (1957-1960)
    • Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (1960)
    • Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (1960-1965)
    • Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (1965-1970)
    • Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (1970-1975)
    • Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim (1975-1979)
    • Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1979-1984)
    • Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (1984-1989)
    • Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah (1989-1994)
    • Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1994-1999)
    • Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (1999-2001)
    • Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (2001-2006)
    • Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (2006-2011)
    • Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (2011-kini)
  • Batasan Yang di-Pertuan Agong
    • Menjalankan tugas-tugas Raja di negerinya
    • Memegang sebarang jawatan yang bergaji
    • Berniaga
    • Menerima apa-apa emolumen sebagai raja di bawah perlembagaan atau undang-undang negeri baginda
    • Meninggalkan persekutuan selama lebih 15 hari pada sesuatu ketika tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja kecuali atas urusan rasmi negara
  • Kaedah Pemilihan YDPA
    1. Dipilih oleh Majlis Raja-Raja
    2. Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih (Raja-Raja Melayu dari sembilan buah negeri)
    3. Pemilihan dibuat mengikut kekananan - pusingan 1 (tarikh baginda menaiki takhta)
    4. Raja-raja sahaja yang boleh mengundi melalui undian sulit
    5. Anggota Majlis Raja-Raja yang bukan anak raja (TYT Gabenor-Gabenor) tidak perlu hadir dalam pemilihan YDPA
    6. Pemilihan juga dibuat berdasarkan giliran - pusingan 2
    7. Raja sesebuah negeri tidak boleh dipilih dua kali dalam pusingan yang sama
    8. Seseorang Sultan/Raja boleh melantik seorang lain dari negeri baginda sebagai proksi untuk mewakili baginda
    9. Majlis Raja-Raja akan mengisytiharkan YDPA melalui dokumen bertulis yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Dewan Parlimen
  • Pemilihan YDPA
    1. YDPA yang baru dipilih dikehendaki mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen sumpah jawatan
    2. YDPA tidak boleh lagi menjalankan tugas di negeri baginda kecuali: Tugas sebagai ketua agama Islam, Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan Perlembagaan, Kuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja dan anggota Majlis Pangkuan Raja di negerinya
  • Penggiliran YDPA adalah untuk memberi keadilan kepada semua raja di setiap negeri untuk memberi martabat dan kedudukan (keistimewaan) serta sama-sama bertanggungjawab untuk memikul bebanan yang besar terhadap negara
  • Bermula dengan yang terkanan (mengikut tempoh menjadi Sultan di negeri masing-masing pada masa Tanah Melayu merdeka), setiap negeri (Sultan/Raja) mengambil giliran menjadi YDPA
  • Setiap giliran adalah untuk tempoh lima tahun dan bagi sembilan giliran ia mengambil masa 45 tahun
  • Tempoh lengkap satu pusingan boleh menjadi lebih singkat melalui: Seseorang Sultan/Raja mangkat semasa dalam jawatan YDPA, Seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati layak, tetapi menolak jawatan YDPA, Seseorang Sultan/Raja yang tiba giliran negerinya, didapati tidak layak oleh Majlis Raja Raja kerana belum cukup umur, didapati tidak sesuai menjadi YDPA disebabkan masalah-masalah kesihatan (fizikal dan mental) serta sebab-sebab peribadi
  • Tanggungjawab
    Untuk memikul bebanan yang besar terhadap negara
  • Pemilihan YDPA
    1. Bermula dengan yang terkanan (mengikut tempoh menjadi Sultan di negeri masing-masing pada masa Tanah Melayu merdeka), setiap negeri (Sultan/Raja) mengambil giliran menjadi YDPA
    2. Setiap giliran adalah untuk tempoh lima tahun
    3. Bagi sembilan giliran ia mengambil masa 45 tahun
    4. Tempoh lengkap satu pusingan boleh menjadi lebih singkat melalui: Seseorang Sultan/Raja mangkat semasa dalam jawatan YDPA, Seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati layak, tetapi menolak jawatan YDPA, Seseorang Sultan/Raja yang tiba giliran negerinya, didapati tidak layak oleh Majlis Raja Raja kerana belum cukup umur, didapati tidak sesuai menjadi YDPA disebabkan masalah-masalah kesihatan (fizikal dan mental) serta sebab-sebab peribadi
  • YDPA
    • Kuasa eksekutif terletak pada tangan YDPA
    • Berkuasa melantik dan melucutkan jawatan PM, Jemaah Menteri dan timbalannya (atas nasihat PM) untuk menjalankan pemerintahan negara bagi pihak baginda
    • YDPA bertindak atas nasihat PM dan Jemaah Menteri dengan prinsip 'bertindak atas nasihat' seperti yang termaktub di dalam PP
    • Berhak untuk mengetahui, mengikuti dan campurtangan dalam perkembangan pemerintahan negara
    • Berkuasa melantik jawatan-jawatan berikut: Pengerusi dan ahli-ahli SPR dan S/ jaya Perkhidmatan, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Audit Negara, 40 orang ahli Dewan Negara - Senator, Yang Dipertua Negeri, Duta-Duta Malaysia dll
  • Kuasa perundangan YDPA
    • Mempunyai peranan penting dalam proses membuat undang-undang
    • Berkuasa memanggil Parlimen bersidang, berkuasa menangguh dan membubarkan Parlimen
    • Boleh menyampaikan titah ucapan dalam Majlis Parlimen
    • Semua rang undang-undang yang diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen hendaklah diperkenankan oleh YDPA sebelum diwartakan dan menjadi undang-undang yang sah
    • Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menurunkan Cap Mohor Besar ke atas sesuatu Rang Undang-Undang setelah diperkenankan oleh YDPA
  • Kuasa kehakiman YDPA
    • Berkuasa melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Besar, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi
    • Semua proses penghakiman serta keputusan adil mahkamah adalah atas nama YDPA
    • Berkuasa memberi pengampunan bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera, kesalahan-kesalahan sivil yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri yang YDPA menjadi Ketua Agama Islam
  • Kuasa budi bicara YDPA
    • Melantik seorang Perdana Menteri
    • Tidak mempersetujui pembubaran Parlimen
    • Meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara-perkara berkenaan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja dan hal-hal lain seperti yang tersebut dalam perlembagaan
    • Fungsi-fungsi lain yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Timbalan YDPA

    • Timbalan ketua negara yang menjalankan tugas-tugas YDPA semasa ketiadaan baginda
    • Menikmati segala keistimewaan sepertimana YDPA
    • Dipilih oleh MRR selama tempoh lima tahun
    • Boleh meletakkan jawatan dengan memaklumkan secara bertulis kepada MRR
    • TYDPA tidak secara automatik menjadi YDPA selepas penamatan YDPA yang ada
  • Majlis Raja-Raja (MRR)

    • Ditubuhkan sejak tahun 1897, secara rasminya ditubuhkan sempena terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu 1948 ekoran daripada perjuangan orang Melayu menentang gagasan Malayan Union yang telah mengenepikan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu
    • Merupakan majlis Kesepakatan Raja-Raja Melayu
    • Keanggotaan MRR: Dianggotai oleh Raja/Sultan dari sembilan buah negeri dan juga Yang Dipertua Negeri bagi Melaka, P. Pinang, Sabah dan Sarawak
  • Peranan MRR
    • Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
    • Mempersetujui atau tidak apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama yang meliputi seluruh Persekutuan
    • Memelihara adat-istiadat orang Melayu tidak termasuk Sabah dan Sarawak
    • Mempersetujui atau tidak mana-mana undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan MRR atau selepas berunding dengan MRR
    • Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182 PP
    • Memberi pengampunan, menangguhkan atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal 12, Perkara 42
    • Perlantikan Ketua Hakim Negara, hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli SPA dan SPR
    • Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri
    • Memperluas keanggotaan Persekutuan secara menyeluruh
    • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak
    • Memberi kesempatan menemukan wakil Kerajaan Pusat (PM) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri (Menteri Besar/Ketua Menteri)
    • Memberi pandangan terhadap sesuatu dasar yang dilaksanakan di samping mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen
    • Undang-undang yang bercorak pindaan kepada peruntukan PP tidak sah tanpa perkenan MRR