T4

Cards (25)

  • Perlembagaan Malaysia

    Satu dokumen yang mengandungi satu set hak, susunan peraturan, kuasa, dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat
  • Perlembagaan merupakan undang-undang agong/tertinggi sesebuah negara dan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara
  • Perlembagaan
    Kumpulan kaedah (cara) dan panduan untuk mengatur pentadbiran sesebuah negara. Antara lain panduan ini mengandungi asas-asas untuk membuat undang-undang supaya kerajaan yang memerintah boleh mengatur negara dengan lancar dan saksama
  • Perlembagaan wujud dari kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu
  • Perlembagaan mastilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai
  • Banyak negara mempunyai perlembagaan bertulis yang secara praktisnya disokong oleh pelbagai dokumen tambahan dan sumber lain yang menguatkan perjalanan perlembagaan itu
  • Perlembagaan yang berfungsi adalah perlembagaan yang hidup dan dinamis, dalam erti kata ia tidak beku setelah digubal pada kali pertamanya dan diubah suai serta dikemas kini mengikut keadaan dan tuntutan semasa
  • Latar Belakang Perlembagaan Malaysia
    1. Pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946
    2. Penubuhan MU disertai dengan satu perlembagaan yang di namakan Perlembagaan Malayan Union 1946
    3. Perlembagaan dan perjanjian ini telah dibatalkan pada 1 Februari 1948 kerana mendapat tentangan daripada raja-raja Melayu dan rakyat Tanah Melayu
    4. Melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuatkuasa pada 1 Februari 1948 yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
    5. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London pada 18 Januari – 6 Februari 1956
    6. Suruhanjaya Perlembagaan atau Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada bulan Mac 1956
    7. Rangka Perlembagaan itu kemudiannya dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957 serta berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957
    8. Enam tahun selepas Malaya merdeka, negeri Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya membentuk Malaysia
    9. Pada 9 Julai 1963, Persekutuan Tanah Melayu, UK, Sabah, Sarawak dan Singapura menandatangani Perjanjian Malaysia
    10. Parlimen Persekutuan telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Per 1 (1) dan Per 2 PP 1957
    11. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963 menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  • Konsep Ketinggian Perlembagaan Malaysia
    • Perlembagaan merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap tertinggi
    • Semua undang-undang tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan, dan sekiranya bertentangan undang-undang tersebut akan terbatal sejauhmana yang bercanggah itu
    • Parlimen memperolehi kuasanya menerusi Perlembagaan, dengan kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara di luar bidang kuasanya
    • Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen (Akta) dan Dewan Undangan Negeri (Enakmen/Ordinan) serta sesuatu yang diluar dari bidang kuasa ataupun yang bercanggah dengan apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
    • Kuasa YDPA, MRR, Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara dan jawatan-jawatan lain juga tertakluk kepada Perlembagaan
  • Kandungan Perlembagaan
    • Mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual
    • Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri-ciri asas berikut; Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan, Sebagai negara Raja Berperlembagaan, Sebagai negara Demokrasi Parlimen, Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama, Ketinggian Perlembagaan dan kebebasan undang-undang, Pengasingan kuasa – Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman, Sebuah badan kehakiman yang bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam Perlembagaan
  • Perlembagaan Negeri

    • Semua negeri mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab tersendiri menurut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
    • Jadual Kelapan PP : Bahagian 1 – Peruntukan Tetap dan Peruntukan Kewangan, Bahagian 11 – Peruntukan Sementara, Per 71 – Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri, Per 73-95E – Hubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri merangkumi; Pembahagian kuasa-kuasa perundangan, Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah, Pembahagian beban kewangan, Tanah, Pembangunan Negara, Tinjauan Persekutuan, Agihan Persekutuan kepada Negeri, dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan negeri, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
  • Semua negeri-negeri di Tanah Melayu mengamalkan sistem Pemerintahan Beraja berabad-abad lamanya
  • Di masa penjajahan, kedudukan Raja-Raja Melayu dipelihara walaupun kuasanya telah dikurangkan
  • Melalui Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melay
  • Kebebasan beragama
    Ketinggian Perlembagaan dan kebebasan undang-undang
  • Pengasingan kuasa
    • Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman
    • Sebuah badan kehakiman yang bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam Perlembagaan
  • Perlembagaan Negeri

    Semua negeri mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab tersendiri menurut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
  • Jadual Kelapan PP
    • Bahagian 1 – Peruntukan Tetap dan Peruntukan Kewangan
    • Bahagian 11 – Peruntukan Sementara
    • Per 71 – Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri
    • Per 73-95E – Hubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri
  • Perlembagaan Negeri
    • Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
    • Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
    • Pembahagian beban kewangan
    • Tanah
    • Pembangunan Negara
    • Tinjauan Persekutuan, Agihan Persekutuan kepada Negeri, dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan negeri
    • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
  • Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan
    • Pemerintahan Beraja
    • Semua negeri-negeri di Tanah Melayu mengamalkan sistem Pemerintahan Beraja berabad-abad lamanya
    • Di masa penjajahan, kedudukan Raja-Raja Melayu dipelihara walaupun kuasanya telah dikurangkan
    • Melalui Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu kedudukan Raja-Raja juga dipertahankan
    • Setelah merdeka, institusi pemerintahan beraja dikekalkan mengikut lunas-lunas Perlembagaan
    • Sistem Beraja Mutlak dimansuhkan dan digantikan dengan Sistem Raja Berperlembagaan
  • Agama Islam
    • Menjadi agama rasmi orang-orang Melayu sejak lebih 600 tahun yang lalu
    • Walaupun dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, orang Melayu masih kuat berpegang kepada agama Islam
    • Dalam masa pemerintahan British, mereka tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama Islam
    • Setelah merdeka, kedudukan agama Islam terus dipelihara dan menjadi agama bagi persekutuan
    • Namum begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas di Persekutuan
  • Bahasa Melayu
    • Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi di mana bahasa Melayu telah muncul sebagai bahasa perantaraan utama (lingua franca)
    • Pada masa penjajahan Inggeris, bahasa Inggeris telah digunakan dengan meluas khususnya dalam aspek pemerintahan negara, namun penggunaan bahasa Melayu masih lagi dikekalkan
    • Setelah merdeka, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan melalui peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
  • Kedudukan Istimewa Orang Melayu
    • Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tentang kedudukan istimewa orang Melayu
    • YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu, kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum lain
    • Antara perkara yang termaktub dalam kedudukan istimewa ini ialah: Jawatan dalam perkhidmatan awam, Pemberian biasiswa dan bantuan, Kemudahan pendidikan, Permit dan lesen perniagaan, Tanah simpanan
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan
    1. Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda dengan mudah kerana ia boleh dipinda oleh Parlimen, dengan kuasanya sendiri
    2. Pindaan Perlembagaan boleh dibuat berdasarkan kepada Perkara 159 dan 161E
    3. Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, dengan syarat ianya diizinkan oleh MRR
    4. Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, jika ianya dipersetujui oleh YDPN
    5. Sesetengah perkara boleh dipinda dengan dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa mendapatkan persetujuan sesiapapun di luar Parlimen
    6. Sesetengah perkara boleh dipinda dengan memerlukan kelebihan suara biasa (majoriti mudah) dalam tiap-tiap Dewan Parlimen
  • Antara pindaan yang telah dibuat tentang perlembagaan
    • Pertambahan kerusi Parlimen
    • Pemansuhan imuniti bagi YDPA dan Raja-Raja yang memerintah negeri bagi kesalahan jenayah
    • Pembentukan Mahkamah Khas
    • Penstrukturan Mahkamah Tinggi – mewujudkan Mahkamah Rayuan di antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Persekutuan
    • Perubahan Mahkamah Agung ke Mahkamah Persekutuan