Bab 1

Cards (15)

  • Jadual
    Cara untuk mempersembahkan sesuatu data atau maklumat secara lebih tersusun
  • Ciri-ciri jadual
    • Tajuk
    • Data dan maklumat
    • Sumber yang bersesuaian
  • Kegunaan jadual
    • Data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut kesesuaian
    • Digunakan untuk melihat perubahan dan pertalian antara dua set maklumat
    • Pengkelasan maklumat dalam jadual adalah lebih tersusun dan mudah menarik perhatian orang yang melihat
  • Graf
    Rajah yang terdiri daripada bar atau garisan untuk menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang dikaji
  • Graf bar mudah
    • Terdiri daripada paksi menegak, paksi mendatar, tajuk dan petunjuk
    • Bar dilukis secara menegak atau mendatar
    • Ketinggian bar mewakili kuantiti sesuatu komponen
  • Kegunaan graf bar mudah
    • Untuk mempersembahkan data yang boleh dikira
    • Untuk menunjukkan perbezaan antara komponen yang dikaji
  • Graf garisan mudah
    • Garisan yang curam menggambarkan perubahan yang besar manakala garisan yang landai menggambarkan perubahan yang kecil
    • Jika garisan mendatar bermakna tiada perubahan yang berlaku pada nilai yang berkenaan dalam tempoh masa tertentu
  • Kegunaan graf garisan mudah
    • Menggunakan garisan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mengalami perubahan jumlah atau nilai yang berterusan
    • Data yang dipersembahkan menggunakan graf garisan ialah maklumat min suhu, perubahan penduduk, jualan barang atau produk, pengeluaran hasil tanaman dan lain-lain
  • Graf gabungan
    • Merupakan gabungan graf bar mudah dan graf garisan
    • Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu graf
  • Kegunaan graf gabungan
    • Menunjukkan perubahan atau perbezaan antara dua perkara yang saling berkaitan
    • Sesuai digunakan untuk data dan maklumat (suhu dan hujan, harga jualan dan pengeluaran)
  • Langkah-langkah membina jadual
    1. Data dan maklumat yang diperoleh harus disusun dalam bentuk jadual supaya mudah dibaca, difahami dan ditafsir
    2. Bina jadual kekerapan
    3. Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah
  • Langkah-langkah membina graf bar mudah
    1. Lukiskan paksi mendatar dan menegak di atas kertas graf
    2. Pilih skala yang sesuai
    3. Tandakan skala pada paksi menegak
    4. Lukiskan graf mengikut data
    5. Lorek atau warnakan setiap bar, gunakan loretan atau warna yang berlainan
    6. Labelkan paksi mendatar, menegak, skala graf bar dan tajuk
    7. Sediakan petunjuk bagi setiap bar
  • Langkah-langkah membina graf garisan mudah
    1. Lukiskan paksi mendatar dan menegak
    2. Pilih skala yang sesuai
    3. Tandakan titik di atas kertas graf berdasarkan data
    4. Sambungkan semua titik yang ditandakan itu dengan satu garisan
    5. Labelkan paksi menegak, mendatar
    6. Berikan tajuk yang sesuai pada graf
  • Langkah-langkah membina graf gabungan
    1. Lukiskan paksi menegak dan mendatar
    2. Kenal pasti nilai maksimum dan nilai minimum
    3. Pilih skala yang bersesuaian
    4. Tandakan skala pada paksi menegak kiri dan kanan
    5. Lukiskan bar
    6. Plot nilai pada bahagian tengah bar
    7. Sambungkan titik-titik tersebut
    8. Lengkapkan graf dengan tajuk dan label
  • Langkah-langkah mentafsir jadual dan graf
    1. Perhatikan tajuk
    2. Perhatikan maklumat di dalam jadual
    3. Perhatikan paksi menegak dan paksi mendatar
    4. Kenal pasti dan huraikan nilai maksimum dan minimum data
    5. Huraikan aliran perubahan data
    6. Huraikan isi tersirat berdasarkan data
    7. Buat rumusan secara keseluruhan