BAB 2.4 CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR

Cards (10)

  • Binatang
    • Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda, dan singa tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk.
  • Tumbuhan
    • Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar.
  • Ciri fizikal bumi
    • Permukaan air laut yang membeku menyebabkan sebahagian besar bumi dilitupi salji.
  • Suhu
    • Suhu dunia terlalu sejuk.
    • Dunia dipenuhi oleh salji terutamanya di kawasan kutub dan benua Eropah.
  • Aras laut
    • Permukaan air laut membeku.
    • Paras air laut rendah.
    • Pulau-pulau bersambung dengan tanah besar dan memudahkan manusia serta binatang bermigrasi.
  • Kehidupan manusia
    • Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk.
    • Mereka hidup secara nomad dan memburu binatang.
    • Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu.
    • Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlaku kecairan air batu.
    • Proses ini dinamakan pengglasieran yang memberikan kesan besar terhadap rupa bentuk fizikal bumi.
    • Kecairan air batu menyebabkan paras air laut dunia meningkat.
    • Kesannya bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi mulai terbentuk seperti tasik dan pulau.
    • Pembentukan tasik dan pulau telah memisahkan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza.
    • Maka berakhirlah Zaman Air Batu Akhir.
    • Perubahan cuaca yang tidak lagi sejuk memberikan kesan terhadap aktiviti manusia.
    • Manusia mula menjalankan aktiviti pertanian dan pengeluaran bahan makanan.
    • Perkembangan perindustrian, aktiviti pembakaran terbuka, penebangan pokok dan pembakaran minyak daripada enjin kenderaan telah meningkatkan suhu dunia.
    • Terdapat ahli sains yang menjangkakan berlaku peningkatan suhu dunia sekurang-kurangnya 9 darjah Celsius setiap 50 tahun.
    • Peningkatan suhu dunia boleh menyebabkan kenaikan paras air laut.
    • Oleh itu, kita perlu mencari tenaga alternatif bagi mengatasi peningkatan suhu dunia demi menjaga alam sekitar.