Pada Zaman Air Batu Akhir yang dikenali sebagai Zaman Holosen, perubahan iklim telah memberikan kesan besar terhadap kehidupan manusia kerana mereka perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim.
Manusia bergerak keluar dari benua Afrika dan secara beransur-ansur mendiami benua Eropah dan benua Asia.
Pergerakan ini dipengaruhi oleh suhu di Asia dan Eropah yang tidak lagi terlalu sejuk. Pada Zaman Air Batu Akhir, suhu bumi adalah seperti pada hari ini.