Keadaan ini menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama.
Manusia yang tinggal di rantau Asia Tenggara khususnya di kawasan Pentas Sunda berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat.
Sebagai contoh, penduduk di Malaysia, Indonesia, selatan Thailand dan selatan Filipina berkongsi bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu.