Zaman Prasejarah ialah zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.
Zaman Prasejarah dikenali sebagai nirleka dalam bahasa Sanskrit.
Nirleka merupakan gabungan dua perkataan, iaitu nir yang bermaksud tidak ada dan leka yang bermaksud tulisan.
Zaman Batu
Zaman Batu merujuk kepada penggunaan teknologi batu dalam kehidupan harian pada zaman tersebut.
Terdapat tiga tahap Zaman Batu, iaitu Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama), Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) dan Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru).
Zaman Paleolitik
Dianggap sebagai zaman yang serba mencabar kerana manusia perlu meneruskan hidup mereka dengan menggunakan teknologi batu yang serba ringkas.
Mereka juga menggunakan peralatan yang diperbuat daripada tulang binatang dalam aktiviti harian mereka.
Zaman Mesolitik
Zaman ini pula memperlihatkan cara hidup yang semakin berkembang.
Manusia pada zaman ini memburu binatang dan menangkap ikan sebagai sumber makanan mereka.
Zaman Neolitik
Zaman Neolitik menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang lebih baik.
Zaman Neolitik wujud kawasan petempatan yang mengamalkan aktiviti bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang.
Zaman Logam
Zaman Logam merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi,
Manusia melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan mereka.
Manusia zaman ini mula melakukan aktiviti pelayaran dan
Mereka juga melakukan pertukaran barangan dan peralatan berasaskan gangsa yang dapat dikesan bertaburan di rantau Asia Tenggara.
Peralatan besi digunakan untuk memburu, bertani dan menjalankan aktiviti harian mereka.