Kenapa saya ambil rasuah?
Kalau saya tidak ambil, orang lain akan ambil
Dalam dunia moden sekarang, susah saya nak tolak. Hari ini boleh kita tolak, esok belum tentu lagi. Lagipun saya tak minta. Mereka yang nak beri
Saya mahu jadi kaya seperti pegawai sebelum ni
Dia boleh kaya, kenapa tidak saya? Peluang hanya datang sekali
Kalau saya tak ambil rasuah, rakan-rakan setugas saya akan pulaukan saya
Saya tidak mahu kena pulau. Jadi, untuk mudahkan hidup, saya terpaksa juga terima
Bos pun sama juga. Saya ikut bos la
Kalau dia 'sapu', kenapa saya nak jadi orang baik pula?
Sekali buat, terlepas. Dua kali, terlepas. Tiga kali, lagi terlepas. Setakat ini semuanya beres. Berani buat beranilah tanggung
Kalau saya kena tangkap, saya akan bongkarkan semua kegiatan jahat dalam jabatan ini
Memang tak adil buat saya. Saya kerja bersungguh-sungguh. Tapi, bila bab APC, 'melintang/menegak', si dia yang dapat. Dahlah dia pemalas, kuat bodek pulak tu
Kalau aku kerja kuat dan jujur, bukan orang nampak pun
Kerja ikhlas bukan boleh jadi kaya
Dunia sekarang ni, kalau tak hulur, susahlah dapat projek
Kerja kerajaan gaji kecil. Lebih-lebih lagi tinggal di bandar. Kalau tak ada side-income, susah la hidup