Aktiviti pertanian giat dijalankan bermula pada Zaman Neolitik.
Antara jenis tanaman termasuklah padi, gandum dan barli.
Aktiviti pertanian menjadi sumber makanan penting kepada manusia hingga membolehkan mereka tinggal secara menetap.
Aktiviti ini terus diamalkan oleh manusia dan menjadi pekerjaan yang penting sehingga hari ini.
Aktiviti Pertanian (Kini):
Manusia menjalankan aktiviti pertanian sara diri secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan sendiri.
Namun begitu, pada zaman moden, aktiviti pertanian telah menjadi aktiviti komersial apabila hasil pertanian mula dijual.
Aktiviti pertanian dilakukan secara besar-besaran dalam bentuk ladang dengan menggunakan peralatan moden.
Memburu Binatang (Dahulu):
Aktiviti memburu binatang merupakan aktiviti paling tua yang diamalkan oleh manusia untuk mendapatkan makanan.
Pada Zaman Prasejarah, aktiviti memburu binatang dilakukan menggunakan senjata yang diperbuat daripada batu, tulang, kayu, gangsa dan besi.
Selain itu, tombak dan panah digunakan bagi aktiviti memburu.
Bagi sesetengah manusia, mereka menggunakan sumpit untuk aktiviti memburu.
Memburu Binatang (Kini):
Pada zaman moden, aktiviti memburu dijalankan sebagai hobi dengan menggunakan senjata yang lebih canggih, berlesen dan berdaftar.
Kini, aktiviti memburu perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa.
Di negara kita, lesen berburu binatang dikeluarkan oleh Perhilitan (Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara).
Menternak Binatang:
Sejak Zaman Neolitik, manusia telah mempunyai kemahiran menternak binatang.
Aktiviti ini membolehkan mereka mendapatkan sumber makanan secara berterusan.
Pada zaman moden, penternakan binatang dijalankan secara komersil bagi menampung keperluan daging dan tenusu bagi sesebuah negara.
Peralatan (Dahulu):
Peralatan diperbuat daripada batu, kayu dan tulang haiwan.
Peningkatan pengetahuan manusia tentang campuran logam, acuan dan suhu pembakaran memupuk mereka membuat peralatan gangsa dan besi bagi menggantikan peralatan batu dan kayu. (pedang, parang, tombak, cangkul, keris, kapak)
Pembuatan peralatan besi ini terus kekal dalam sejarah dan tamadun manusia.
Peralatan (Kini):
Mesin dan jentera digunakan untuk memudahkan kehidupan manusia.
Aktiviti memotong dan menghiris daging tidak lagi menggunakan peralatan batu atau besi, sebaliknya menggunakan mesin.
Tembikar:
Dijadikan bekas makanan dan peralatan masakan serta peralatan dalam upacara ritual.
Tembikar buatan China seperti Dinasti Ming dan Vietnam menjadi peralatan dalam upacara ritual dan komoditi perdagangan yang penting pada abadke-14 dan ke-15 Masihi.
Pembuatan tembikar terus kekal sehingga kini dan menjadi industri yang sangat penting.
Pembuatan labu sayong sesuatu industri Kuala Kangsar, Perak.
Ideofak:
Mereka percaya bahawa kematian bukan penamat kepada kehidupan maka amat menghormati mayat.
Pelbagai kaedah pengebumian mayat dilakukan dan dikebumikan bersama-sama peralatan-peralatan.
Sehingga kini, penghormatan terhadap mayat masih terus diamalkan mengikut agama masing-masing.
Penghormatan kepada Mayat di Gua Cha, Kelantan
Di Gua Cha, Kelantan, kepala mayat diletakkan di atas “bantal” batu.
Mayat juga disertai dengan bahan makanan dan terdapat ritual yang menampakkan kedudukan istimewa seseorang.
Penghormatan kepada Mayat di Sabah:
Di Sabah, terdapat sesetengah masyarakat yang memasukkan mayat ke dalam keranda kayu dan disimpan di dalam gua batu kapur.
Monumen dan Seni Bina:
Monumen dan binaan yang digunakan untuk pelbagai tujuan dibina sejak Zaman Neolitik seperti struktur megalit yang ditemu di Ggantija, Malta.
Sebahagian binaan masih kekal sebagai warisan sejarah untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Pada zaman kini, manusia membina binaan yang mengagumkan terus meningkat seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur.