Manusia telah menetap di Malaysia sejak 40 000 tahun yang lalu.
Zaman Mesolitik juga dikenalikan sebagai Zaman Hoabinhian kerana unsur-unsur Zaman Mesolitik sebagaimana yang ditemukan di Eropah tidak ditemukan di Asia Tenggara.
Hoabinhan satu tempat di utara Vietnam (Hoa-binh).
Madeleine Colani ahli arkeologi Perancis yang telah mempernalkan istilah Haobinhian pada tahun 1932.
Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Epi-Paleolitik
Zaman Paleolitik di Malaysia:
A) Kota Tampan
B) Gua Niah
C) Lembah Mansuli
D) Tingkayu
Zaman Hoabinhian di Malaysia:
A) Bukit Tegun Lembu
B) Gua Cha
C) Jenderam Hlir
D) Gua Madai
Zaman Neolitik di Malaysia:
A) Sungai Tembeling
B) Gua Kecil
C) Jenderam Hilir
D) Lubang Angin
E) Gua Tapadong
Zaman Logam di Malaysia:
A) Sungai Tembeling
B) Lembah Bernam
Teknologi
Manusia prasejarah mempunyai kemahiran menghasilkan peralatan batu dan logam.
Peralatan ini biasanya digunakan untuk memotong, menetak atau memecahkan tulang.
Bengkel membuat peralatan batu ditemu di Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah.
Kemahiran menggilap alatan pada Zaman Neolitik ditemu di Hulu Perak, Perak.
Peralatan logam ditemu di Klang, Selangor.
Peralatan di Malaysia:
A) Kota Tampan
B) Tingkayu
C) Gua Senyum
D) Hulu Perak
E) Klang
Tembikar dan Manik
Kemahiran membuat tembikar dan manik membuktikan kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita.
Penemuan pelbagai jenis tembikar ditemu di Gua Niah, Sarawak menunjukkan manusia melakukan inovasi yang hebat.
Tembikar ini mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan corak hiasan.
Pelbagai jenis manik ditemu ditemukan di Kuala Selinsing, Perak dan Lembah Bernam, Selangor.
Lukisan Gua
Penemuan lukisan gua dan ukiran batu merupakan bukti paling ketara tentang kewujudan Zaman Prasejarah.
Lukisan gua dan ukiran batu ini merupakan cara komunikasi untuk menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka.
Lukisan dan ukiran menggambarkan kehidupan harian manusia seperti aktiviti memburu dan amalan ritual.
Lukisan gua ini biasanya menggunakan arang dan oker merah.
Ukiran Batu
Ukiran batu banyak ditemukan di Sabah dan Sarawak.
Ukiran batu hanya ditemukan di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.
Kewujudan ukiran batu mempunyai kaitan dengan budaya megalit.
Tiga bentuk aktiviti masyarakat ini dalam bidang ekonomi:
Aktiviti memburu dan memungut hasil hutan
Aktiviti penanaman padi
Kegiatan perdagangan
Ekonomi - Perburuan dan Memungut Hasil Hutan
Dijalankan oleh masyarakat Zaman Paleolitik hingga Zaman Hoabinhian (Mesolitik).
Aktiviti perburuan dan memungut hasil hutan berbentuk sara diri sepenuhnya.
Ekonomi - Pertanian
Aktiviti penanaman padi dijalankan oleh manusia Zaman Neolitik.
Antara tapak prasejarah yang penting termasuklah di pinggir sungai dan lembah yang subur.
Contohnya, Hulu Tembeling, Pahang, Jenderam Hilir, Selangor, dan Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan.
Terdapat peralatan yang dikaitkan dengan aktiviti penanaman padi, iaitu "Pisau Tembeling" di Pahang yang digunakan ketika menuai padi.
Lebihan padi menjadi barang pertukaran dalam masyarakat ketika itu.
Ekonomi - Kegiatan Perdagangan
Kegiatan perdagangan melalui sistem pertukaran barang berlaku sama ada melalui laluan daratan atau maritim.
Antara barang dagangan yang penting termasuklah loceng dan gendang gangsa.
Kepercayaan
Penemuan ideofak di beberapa tapak perkuburan menjadi bukti tinggalan masyarakat Zaman Prasejarah.
Masyarakat zaman tersebut mengamalkan kepercayaan dan memberikan penghormatan kepada orang mati.
Bukti penemuan ideofak ini menjelaskan cara hidup masyarakat ketika itu.
Budaya megalit ialah kewujudan batu besar yang tersusun rapi dipercayai mempunyai kaitan dengan amalan kepercayaan dan ritual.