Sejarah Bab 3

Cards (12)

  • Abad Ke-15
    1. Orang melayu mengusahakan bijh timah di lembah-lembah sungai bagi kegunaan tempatan & diperdagangkan
    2. Pembesar melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan
    3. Punca pendapatan ialah perdagangan bijih timah
  • Abad Ke-16 & 17
    1. Perak terkenal dengan bijih timah
    2. Acheh meletakkan Perak sebagai negeri naungannya
    3. Perak menggunakan bijih timah untuk mendapatkan perlindungan Portugis
  • Abad Ke-18
    Pengeluaran bijih timah di Perak merosot akibat aktiviti penyeludupan bijih timah kepada British

    Abad Ke-19
    Long Jaafar & Ngah Ibrahim membawa masuk pelombong cina (Larut)
  • 3.1.2 Kegiatan perlombongan emas di Pahang (cara)
    Abad Ke-16 & 17
    • menggunakan kaedah mendulang & melampan
    Abad Ke-18
    • kekayaan emas menarik kehadiran orang cina
    Abad Ke-19
    • Sultan Ahmad memberikan konsensi kepada orang Eropah
    • menggunakan kaedah lombong dedah & lobong bawah tanah
  • Manipulasi British di Perak
    1. Ngah Ibrahim membawa masuk pelombong cina
    2. pergaduhan kumpulan Ghee Hin & Hai San untuk mempertahankan hak menjejaskan perdagangan bijih timah
    3. pelabur Eropah dan pedagang NNS meminta British campur tangan
  • Manipulasi British di Sungai Ujong, N.9
    1. Sungai Lingga merupakan laluan penting menghubungkan daerah Sungai Ujong
    2. penguasaan Sungai Lingga membolehkan pembesar mendapat hak memunggut cukai
  • Desakan British di Selangor
    1. 1873, kapal dagang British dirompak
    2. 1874, berlaku serangan terhadap rumah api
    3. British mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan British dengan alasan Sultan gagal mewujudkan keselamatan perairan Selangor untuk perdagangan
  • Desakan dan Paksaan British di Pahang
    1. 1887, British mendapat bantuan Sultan Abu Bakar (Johor) untuk memujuk Sultan Pahang menerima seorang wakil British
    2. 1888, seorang lelaki bangsa cina bernama Goh Hui ditikam di pekarangan istana
    3. British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan diminta bertanggungjawab
  • Perjanjian Pangkor
    1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
    2. Raja Ismail menjadi sultan muda & mentadbir sebuah jajahan kecil
    3. Sultan menerima residen British. Semua nasihatnya mesti dipatuhi kecuali agama Islam dan adat Melayu
    4. Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Laut & menerima seorang penolong residen
    5. British berkuasa penuh atas pengutipan cukai di Perak
  • Ciri-ciri Sistem Residen
    • kedudukan sultan dikekalkan
    • nasihat British mesti diterima & sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang
    • sultan kehilangan kuasa dalam pentadbiran
    • peranan pembesar digantikan oleh pegawai British
    • jabatan-jabatan digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional
    1. Rodger : Pahang
    2. Lister : N.9
    3. Davidson : Selangor
    4. Birch : Perak
  • Ciri-ciri NNMB
    1. gabungan Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor
    2. Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan
    3. raja Melayu menerima semua nasihat residen jeneral kecuali agama Islam dan adat Melayu
    4. Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran NNMB
  • Faktor Pembentukan NNMB
    1. mengatasi kelemahan sistem residen - residen tidak diberikan garis panduan untuk melaksanakan tugas
    2. menjamin keselamatan negeri - penggabungan membolehkan NNMB mempunyai keselamatan sendiri
    3. menyeragamkan pentadbiran - pentadbiran tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
    4. menangani masalah kewangan Pahang - Perak, Selangor, N.9 membantu mengurangkan beban kewangan Pahang