BAB 6.2.2 CIRI-CIRI SISTEM DEMOKRASI DI ATHENS

Cards (16)

  • Komponen sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens
    A) Dewan Perhimpunan
    B) Majlis
    C) Majistret
    D) Juri
    • Dewan Perhimpunan yang diwujudkan di Athens merupakan badan pentadbiran yang paling tinggi.
    • Di dalam dewan ini, setiap warganegara Athens boleh mengemukakan sebarang pandangan mereka berkaitan dasar-dasar pentadbiran yang dijalankan oleh pemerintah.
    • Hal ini menimbulkan perasaan kebersamaan dalam kalangan warganegara Athens sehingga mereka sanggup mengorbankan diri demi Athens.
    • Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa kawalan terhadap pentadbiran dan menetapkan dasar-dasar yang akan dilaksanakan.
    • Dewan Perhimpunan juga mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan deklarasi peperangan. Tanpa deklarasi ini, Athens tidak akan terlibat dalam mana-mana peperangan.
    • Selain itu, Dewan Perhimpunan berfungsi sebagai mahkamah orang awam.
    • Keadaan ini menyebabkan setiap warganegara yang mempunyai masalah boleh membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan terutamanya kes-kes besar yang tidak dapat diselesaikan oleh badan pentadbiran yang lain.
  • Fungsi Dewan Perhimpunan
    1. Berperanan melantik Ahli Majlis sebagai sebahagian sistem pentadbiran yang wujud.
    2. Menggubal undang-undang bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya di Athens.
    3. Membuat deklarasi peperangan bagi mempertahankan kedaulatan Athens.
    4. Perjanjian dengan negara lain bagi melicinkan hubungan antarabangsa kedua-dua belah pihak.
    5. Membincangkan hal kewangan dan percukaian bagi mengukuhkan ekonomi Athens.
    6. Menerima duta dari negara asing bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.
  • Keanggotaan Dewan Perhimpunan
    1. Anggotanya terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens.
    2. Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun.
    3. Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan.
    4. Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan.
  • Majlis
    • Majlis merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting yang berkaitan pemerintahan dan pentadbiran.
    • Badan ini kadangkala dikenali sebagai Majlis 500.
  • Keangotaan Majlis
    • Ahli dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
    • Ahli terdiri daripada 500 orang dengan keahlian selama dua tahun.
    • Ahli sebanyak 500 orang ini kemudiannya akan dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany).
    • Setiap Prytany dianggotai oleh 50 orang.
    • Pemilihan pengerusi dilakukan pada setiap kali persidangan diadakan.
  • Fungsi Majlis
    • Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
    • Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan.
    • Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan.
  • Majistret
    • Majistret merupakan badan yang melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan.
    • Majistret sama dengan perkhidmatan awam dalam sistem pentadbiran hari ini.
  • Keanggotaan Majistret
    • Warganegara Athens.
    • Dianggotai 6,000 orang ahli.
    • Sebanyak 200 hingga 500 orang merupakan hakim.
    • Sebanyak 10 orang jeneral tentera menganggotai badan ini.
  • Fungsi Majistret
    • Merupakan kakitangan kerajaan.
    • Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis.
    • Mengurus hal-ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya.
  • Juri
    • Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan.
  • Keanggotaan Juri
    • Dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan.
    • Perbicaraan diketuai oleh pengerusi.
  • Fungsi Juri
    • Juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes.
    • Pesalah akan merayu terus kepada warganegara.
    • Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara.
    • Pada zaman Athens, pengadilan terletak di tangan warganegara.
    • Pesalah akan merayu secara terus kepada warganegara dan kes-kes kecil akan diselesaikan di mahkamah tempatan.
    • Kes yang lebih besar akan diselesaikan di Mahkamah Athens.