BAB 6.4: PENINGKATAN SENI BINA TAMADUN ROM

Cards (24)

    • Orang Rom membina bangunan bersaiz besar, mempunyai nilai estetika, dan setiap binaan mempunyai kegunaan yang khusus.
    • Perkembangan bidang seni bina melibatkan bangunan, jalan raya, saliran air dan tempat mandi awam.
  • Faktor Kemajuan Seni Bina Tamadun Rom:
    1. Kepakaran
    2. Pendidikan
    3. Kewangan
    4. Dasar Pemerintahan
    5. Teknologi dan Sumber Alam
    6. Buruh
  • Kepakaran
    • Kemunculan arkitek, seperti Marco Vitruvius yang mengarang buku terkenal tentang seni bina, iaitu On Architecture pada tahun 46 SM membolehkan bidang seni bina Rom berkembang pesat.
  • Pendidikan
    • Sistem pendidikan yang praktikal dalam tamadun Rom turut memainkan peranan melahirkan golongan warganegara yang mahir dalam pelbagai bidang termasuklah seni bina.
  • Kewangan
    • Kerajaan juga memberikan bantuan kewangan agar projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
  • Dasar Pemerintahan
    • Perkembangan pesat seni bina di Rom turut disokong oleh pihak pentadbir, seperti Marcus Visanius Agrippa (63-12 SM).
  • Teknologi dan Sumber Alam
    • Gabungan antara teknologi zaman Yunani dengan teknologi Rom, seperti penggunaan simen dan penekanan kepada aspek ketahanan dan nilai estetika, mempengaruhi bidang seni bina Rom.
  • Buruh
    • Golongan buruh yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan hamba juga memberikan sumbangan dalam perkembangan bidang seni bina di Rom.
  • Ciri-ciri Pembinaan Bangunan dalam Tamadun Rom
    • Seni bina Rom merupakan gabungan antara teknik seni bina yang diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang Rom dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang kreatif.
    • Gabungan ini membolehkan bangunan dan binaan dalam tamadun Rom mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang kekal sehingga kini.
  • Colosseum (I)
    • Colosseum melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara gladiator.
    • Tinggi 50 meter panjang, lebar 156 meter dan luas kira-kira 2.5 hektar, kawasan arena seluas 85 meter x 54 meter yang mampu memuatkan 50,000 orang pada satu-satu masa.
  • Colosseum (II)
    • Colosseum mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden.
    • Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina bertingkat-tingkat.
    • Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72 M dan diselesaikan oleh anaknya, Titus pada tahun 80 M.
  • Pantheon
    • Binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom.
    • Pantheon dibina oleh pada tahun 27 SM oleh Marcus Visanius Agrippa, namun musnah dalam kebakaran pada tahun 80 M.
    • Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125 M.
  • Pantheon (II)
    • Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman Yunani terutama di bahagian hadapan yang mempunyai tiang yang kukuh.
    • Atap Pantheon berkubah besar dengan diameter 43 meter.
    • Dinding Pantheon pula dibina daripada batu-bata yang dilepa dengan simen.
    • Puncak Pantheon mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13 meter lebar yang membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan dalam binaan ini.
  • Pantheon (III)
    A) Bumbung melengkung
    B) Marmar
    C) Hiasan dalaman
    D) Batu dilepa simen
    E) Tiang gaya Yunani
    F) Silinf
    G) Saiz besar
    H) Kubah berbentuk bulat
    I) Oculus
  • Amfiteater (I)
    • Binaan ini merupakan Colosseum mini atau sebuah gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat persembahan seni, pertunjukan dan gladiator.
    • Amfiteater ini berbentuk lingkaran.
    • Terdapat kira-kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom dengan mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza.
  • Amfiteater (II)
    • Amfiteater yang terkenal termasuklah amfiteater di El Djem, Tunisia yang boleh memuatkan 16,000 orang dan di Arles, Perancis yang boleh memuatkan 20,000 orang.
    • Kewujudan binaan amfiteater di seluruh wilayah Rom menjadi bukti nyata tentang pengaruh dan cara hidup masyarakat zaman ini yang menggemari aktiviti di luar rumah.
  • Akueduk (I)
    • Sistem perancangan dan pengawalan air yang sistematik yang melambangkan teknologi dan kejuruteraan Rom.
    • Akueduk berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam empayar Rom.
    • Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah ke Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan.
  • Akueduk (II)
    • Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312 SM dengan panjangnya 16 kilometer.
    • Marcus Agrippa merupakan antara jurutera Rom yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19 SM.
    • Akueduk dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap aspek mutu sumber air yang ada, aliran air dan lokasinya.
    • Akueduk yang termasyhur ialah Pont du Gard di Perancis yang mempunyai tiga tingkat.
  • Jalan Raya Rom (I)
    • Jalan raya mula dibina pada tahun 500 SM dengan tujuan untuk menghubungkan band tentera serta sebagai sistem pengangkutan.
    • Oleh sebab matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera, jalan raya tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan menggunakan batu besar, batu kecil dan batu kerikil supaya tahan dan kuat menahan beban serta pergerakan pasukan tentera.
  • Jalan Raya Rom (II)
    • Luas jalan raya ini biasanya empat kaki (1.3 meter) tebal dan 20 kaki (6.7 meter) lebar.
    • Terdapat batu tanda bagi menunjukkan jarak satu kawasan dengan kawasan lain. Di tepi jalan raya dibina longkang bagi mengalirkan air agar tidak bertakung di atas jalan raya.
  • Tembok Pertahanan (I)
    • Pembinaan tembok pertahanan bertujuan untuk melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh.
    • Tembok ini juga menjadi pemisah antara kawasan yang terletak di bawah kekuasaan Rom dengan kawasan yang bukan wilayah Rom.
    • Seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun 100 M dengan menggunakan batu yang disusun memanjang
  • Tembok Pertahanan (II)
    • Ketinggian tembok pertahanan mencapai lima meter.
    • Selain itu, terdapat beberapa kubu kecil yang dikenali sebagai milecastel dalam jarak sebatu (1.6 kilometer) setiap satu.
    • Kubu kecil ini menempatkan tentera yang mengawal tembok tersebut.
    • Tembok yang terkenal ialah tembok Hadrian di Britain yang dibina pada tahun 122 M oleh Maharaja Hadrian.
    • Panjang tembok ini ialah 117 kilometer dan setinggi lima meter.
  • Tempat Mandi Awam (I)
    • Orang Rom percaya mandi penting untuk kebersihan dan kesihatan serta melambangkan kehidupan bertamadun.
    • Bagi memenuhi tuntutan tersebut, orang Rom membina tempat mandi awam yang boleh digunakan oleh setiap orang.
    • Mereka yang hendak menggunakannya akan dikenakan bayaran tertentu.
    • Tempat mandi awam ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tandas, ruang mandi, ruang untuk mengurut, perpustakaan, bilik berehat dan bersenam.
  • Tempat Mandi Awam (II)
    • Ruang mandi pula mempunyai bahagian yang berasingan, iaitu mandi air panas, sejuk, suam serta berwap.
    • Antara tempat mandi awam yang terkenal termasuklah Caracalla di Rom yang didirikan pada abad ketiga Masihi oleh Maharaja Caracalla.
    • Tempat mandi ini boleh memuatkan sehingga 1500 orang pada satu-satu masa.