Raja merupakan ketuapemerintah dan ketuakerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi
KETURUNAN RAJA PALEMBANG
Berdasarkan teks Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunananak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain
Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu
PERANAN YANG UNGGUL
Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sistem pemerintahan:
Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran
Merupakan ketua angkatan tentera
Mengetuai hubungan diplomatik
Menyelaraskan kegiatan ekonomi
Menjadi Ketua Agama Islam
Menegakkan keadilan
DAULAT DAN ALAT KEBESARAN
Kepemimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka serta pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran diraja
Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja
DAULAT DAN ALAT KEBESARAN
Antara alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor, nobat, keris, lembing dan mahkota. Alat kebesaran digunaan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja
Konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa. Hal ini mengukuhkankedudukanraja dlaam sistempemerintahan kerajaan Melaka
KEWIBAWAAN
Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat
Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka
KEWIBAWAAN
Sultan Muzaffar Shah dan SultanMansurShah merupakan pemerintah yang mengutamakan keamanan dan kebajikan rakyat.SultanMansurShah menasihatkan puteranya, SultanAlaudin RiayatShah supaya bersikap adil terhadap rakyat, menyiasat segala tuduhan dengan teliti dan bekerjasama dengan pegawai-pegawainya.