Sejarah

Subdecks (1)

Cards (125)

  • Zaman Air Batu
    Garis masa geologi yang menunjukkan penurunan suhu bumi
  • Pengglasieran
    1. Proses kecairan air batu yang berlaku sebanyak tiga tahap
    2. Tahap pertama: 900 juta hingga 600 juta tahun dahulu
    3. Tahap kedua: 250 juta hingga 80 000 tahun dahulu
    4. Tahap ketiga: 10 000 tahun dahulu
  • Zaman dalam Zaman Air Batu
    • Zaman Miosen
    • Zaman Pliosen
    • Zaman Pleistosen
    • Zaman Holosen
  • Zaman Miosen
    • Berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu
    • Suhu dunia panas dan kering
    • Pembentukan gunung-ganang secara fizikal
    • Kewujudan mamalia, hidupan di laut dan di air
  • Zaman Pliosen
    • Berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu
    • Penyejukan dan pengeringan global yang lebih panas
    • Penyebaran besar padang rumput dan savana
    • Pembentukan jambatan darat Panama
  • Zaman Pleistosen
    • Berlaku antara 2.5 juta hingga 10 000 tahun dahulu
    • Pergerakan glasier utama sebanyak 11 kali
    • Manusia mula mengetahui cara membuat api
    • Manusia sampai ke Australia menggunakan jalan darat dari Asia Tenggara
  • Zaman Holosen
    • Berlaku sejak 10 000 tahun dahulu hingga kini
    • Manusia mencapai kemajuan dalam pertanian, roda, tulisan kuneiform, keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan undang-undang
    • Perubahan iklim dunia kepada suhu panas menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu
  • Teori Milankovitch menerangkan pusingan bumi mengelilingi matahari telah menyebabkan berlaku pelbagai perkembangan pada Zaman Air Batu
  • Suhu bumi dikatakan menjadi panas setiap kali bumi menghampiri matahari, sekali gus menyebabkan kejadian kecairan air batu
  • Ahli paleontologi berpendapat bahawa hidupan di bumi bermula sejak 545 juta tahun dahulu
  • Kepelbagaian spesies binatang dan hidupan berlaku secara evolusi mengikut perkembangan tempoh masa
  • Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir

    • Bermula 8 500 tahun yang dahulu, bumi mengalami cuaca panas
    • Peningkatan suhu menyebabkan proses kecairan air batu (pengglasieran)
    • Proses pengglasieran memberikan kesan besar terhadap rupa bentuk fizikal bumi
  • Kesan peristiwa pada Zaman Air Batu kepada rupa bentuk fizikal bumi

    • Peningkatan paras air laut dunia
    • Pembentukan bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi seperti tasik dan pulau
    • Pemisahan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza-beza
    • Manusia menjalankan aktiviti pertanian dan pengeluaran bahan makanan
    • Peningkatan suhu dunia disebabkan aktiviti perkembangan perindustrian, pembakaran terbuka
  • Zaman
    • Miosen
    • Pliosen
    • Pleistosen
    • Holosen
  • Bermula 8 500 tahun yang dahulu, bumi mengalami cuaca panas
  • Peningkatan suhu telah menyebabkan berlakunya proses kecairan air batu yang dipanggil pengglasieran
  • Proses pengglasieran
    • Memberikan kesan yang besar terhadap rupa bentuk fizikal bumi
  • Kesan peristiwa pada Zaman Air Batu kepada rupa bentuk fizikal bumi

    • Peningkatan paras air laut dunia
    • Pembentukan bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi seperti tasik dan pulau
    • Pemisahan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza-beza
    • Manusia menjalankan aktiviti pertanian dan pengeluaran bahan makanan
  • Peningkatan suhu dunia berlaku disebabkan oleh aktiviti perkembangan perindustrian, pembakaran terbuka, penebangan pokok dan pembakaran minyak daripada enjin kenderaan
  • Peningkatan suhu dunia berlaku sekurang-kurangnya sembilan darjah Celcius pada setiap 50 tahun dan menyebabkan peningkatan paras air laut
  • Meskipun suhu dunia terlalu sejuk, namun benua Asia mula mengalami suhu yang panas. Situasi tersebut membolehkan manusia berhijrah ke benua Asia dan Eropah
  • Kecairan air batu menyebabkan kawasan tanah rendah ditenggelami oleh air, pembentukan tasik, dan peningkatan paras air laut seperti pada hari ini
  • Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir

    • Permukaan air laut membeku
    • Sebahagian besar bumi dipenuhi dengan salji
    • Terdapat manusia yang mendiami kawasan tanah pamah yang sejuk
    • Mereka hidup secara nomad dan menjalankan aktiviti memburu binatang
    • Suhu dunia terlalu sejuk
    • Kawasan kutub dan benua Eropah dilitupi oleh salji
    • Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar
    • Permukaan air laut membeku
    • Paras air laut adalah rendah
    • Jambatan darat telah memudahkan proses migrasi manusia dan binatang
    • Terdapat binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda dan singa yang mendiami kawasan tanah pamah yang sejuk
  • Penurunan paras air laut membolehkan pulau-pulau bersambung dengan tanah besar. Keadaan ini memudahkan manusia dan binatang bermigrasi
  • Peningkatan perubahan suhu pada Zaman Air Batu memberikan kesan kepada bentuk fizikal dan hidupan di bumi
  • Kesan pengglasieran pada Zaman Air Batu

    • Pengglasieran telah menukarkan wajah dan bentuk fizikal bumi
    • Air batu yang cair membentuk kawasan tanah tinggi dan gunung-ganang
    • Lebihan air akan menyebabkan laut dan tanah tinggi
    • Pembentukan rupa bentuk fizikal bumi sepertimana hari ini
    • Menyebabkan berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter
    • Pembentukan tasik-tasik air tawar
    • Perubahan bentuk saliran sungai sepertimana pada hari ini
    • Kepupusan binatang pada Zaman Pleistosen
    • Perubahan manusia pada Zaman Air Batu Akhir (Zaman Holosen)
  • Perkembangan Zaman Air Batu Akhir juga memberikan kesan kepada Asia Tenggara
  • Antara kesan utama ialah kenaikan paras air laut di Pentas Sunda dan pergerakan manusia di sekitarnya
  • Kesan kenaikan paras air laut di Pentas Sunda

    • Peningkatan paras air laut yang aktif berlaku pada 17 000 hingga 20 000 tahun dahulu
    • Berlaku kenaikan aras air laut antara 100 meter hingga 120 meter
    • Pentas Sunda merupakan kawasan daratan yang rendah
    • Kepulauan Sumatera, Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda
    • Pentas Sunda menyatukan Burma (Myanmar), Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, dan Singapura
    • Pentas Sunda menjadi tunjang kebenuan di Asia Tenggara
    • Kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen membawa kepada pembentukan tasik dan sungai di Asia Tenggara
    • Aliran sungai yang mengalir telah menenggelamkan kawasan tanah rendah di sepanjang tepi pantai sekali gus telah mempengaruhi pembentukan Selat Melaka, Teluk Siam dan Laut Jawa
  • Perubahan di Asia Tenggara berlaku pada peringkat akhir Zaman Holosen
  • Perubahan tersebut memberikan kesan kepada bentuk fizikal dan hidupan di kawasan Asia Tenggara
  • Asia Tenggara menjadi tumpuan kumpulan mamalia bersaiz sederhana dan besar
  • Berlaku kepupusan binatang seperti stegodon (gajah) dan pachycrocuta (hyena atau dubuk) yang bersaiz besar
  • Apa maksud Zaman Prasejarah?

    Zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan
  • Bagaimana Zaman Prasejarah dibahagikan?

    • Zaman Batu (Paleolitik, Mesolitik, Neolitik)
    • Zaman Logam
  • Apa yang terdapat dalam Zaman Neolitik?

    Penggunaan teknologi yang serba ringkas, petempatan, bercucuk tanam, membuat tembikar, dan menternak binatang
  • Apa aktiviti utama masyarakat pada Zaman Mesolitik?

    Masyarakat mula berburu dan menangkap ikan bagi mendapatkan sumber makanan
  • Apa yang dilakukan masyarakat pada Zaman Logam?

    Masyarakat menggunakan teknologi gangsa dan besi, menjalankan aktiviti pelayaran dan pertukaran barangan
  • Berapa lama tempoh Zaman Paleolitik?

    1. 5 juta tahun - 12,000 SM
  • Berapa lama tempoh Zaman Mesolitik?

    10,000 - 8,000 SM