Topik 7 JMK 214

Subdecks (1)

Cards (24)

  • Syair Perang
    Sebahagian daripada warisan Melayu silam yang dikarang untuk menyampaikan sesuatu cerita atau peristiwa, amanat atau pesan pengarang
  • Syair Perang
    • Berfungsi sebagai medium komunikasi, wadah hiburan dan pengajaran
    • Dijadikan sebagai alat kritikan tajam kepada pemerintah ataupun orang yang berkuasa
  • Syair perang dikarang setelah kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Nusantara atau kekalahan sesebuah kerajaan Melayu atau selepas berlakunya peristiwa peperangan
  • Masyarakat Melayu bukan hanya berhadapan dengan peperangan setempat sahaja tetapi juga berbentuk antarabangsa
  • Pengarang syair perang telah menjadikan peristiwa peperangan sebagai tema utama malah peristiwa peperangan telah mendominasi setiap naratif dalam karya tersebut
  • Tujuan penciptaan syair perang
    Menonjolkan kemenangan, keperwiraan, keberanian, tokoh perang dan kemegahan
  • Kisah-kisah peperangan yang dikisahkan dalam genre syair perang turut memerihalkan peristiwa yang benar dan tentang faktor meletusnya peperangan, kekalahan, kemenangan, kebinasaan, kesusahan yang harus dihadapi
  • Karya-karya sastera sejarah yang dikarang dalam bentuk syair, khususnya syair bertemakan peperangan tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan maklumat kepada pengkaji dan pembaca
  • Penentangan terhadap penjajah atau kuasa asing oleh masyarakat peribumi Nusantara didukung oleh sikap semangat cintakan tanah air ataupun semangat bangga terhadap kesukuan masing-masing
  • Struktur penceritaan dalam syair peperangan lebih memfokuskan naratif peperangan yang berlaku di alam nyata dan watak-wataknya merupakan manusia yang hidup pada zaman tersebut
  • Tradisi penulisan sejarah silam terutamanya syair perang masih lagi cenderung kepada pihak penguasa
  • Tujuan syair perang dikarang
    • Mengembalikan kegemilangan yang pudar
    • Memerihalkan kehebatan orang Melayu ketika berperang
    • Mengangkat kedudukan raja-raja Melayu sebagai panglima perang terbilang
    • Kebijaksanaan orang Melayu dalam ilmu peperangan
    • Semangat cintakan tanah air
    • Nilai-nilai sejarah
    • Menjadi rujukan hingga kini
    • Memberi pengajaran kepada generasi kini
    • Merakamkan sejarah perjuangan kaum Melayu