MITOS JMK214

Cards (12)

  • Sastera sejarah
    Sastera yang mempunyai ciri-ciri khusus tersendiri yang membezakannya dengan sastera-satera lain
  • Sastera sejarah berkembang pada abad ke-13 dan ke-14 setelah kedatangan agama Islam yang membawa bersama-sama sistem tulisan
  • Teks-teks zaman sastera sejarah berkembang pada zaman peralihan Hindu-Islam iaitu teks-teks ini masih mempunyai pengaruh daripada agama Hindu
  • Ciri-ciri utama sastera sejarah
    • Berkembang di istana-istana raja
    • Sistem tulisan mula diperkenalkan kepada masyarakat Melayu dalam aksara Jawi
    • Berfokus kepada golongan atasan sahaja iaitu golongan diraja dan bangsawan
    • Watak-watak rakyat bawahan hanyalah tempelan atau pelengkap kepada naratif sahaja
    • Mitos
  • Mitos
    Unsur-unsur supernatural, keanehan, luar biasa dan ajaib, pelik dan sukar diterima secara logik. Cerita dewa orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu. Unsur luar biasa yang dimiliki oleh individu tertentu yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Berkaitan dengan agama, budaya, kepercayaan, adat istiadat, suci, sakral, diyakini benar walaupun ia jauh daripada kebenaran
  • Jenis-jenis mitos dalam sastera sejarah
    • Mitos asal usul raja-raja
    • Mitos pembukaan negeri
    • Mitos kedatangan agama Islam
    • Mitos-mitos lain
  • Mitos asal usul raja-raja
    Mitos berkaitan asal usul raja sering dikaitkan dengan pengaruh agama Hindu. Raja dianggap sebagai bayangan Dewa Vishnu dan Dewa Siva (Lord of Mountain)
  • Mitos kedatangan agama Islam
    Mitos pengislaman raja Melayu terutamanya di Melaka sering dikaitkan dengan mimpi berjumpa Rasulullah. Bertujuan menambahkan kesakralan raja-raja sebagai individu yang wajar dihormati
  • Mitos pembukaan negeri
    Mitos yang menjelaskan kepada khalayak bahawa negeri yang dipilih tersebut bakal menjadi sebuah negara yang hebat dan disegani. Motif haiwan kecil, pintar, tangkas, gagah sering digunakan
  • Lain-lain mitos juga digunakan dalam karya sastera sejarah sebagai proses kreativiti pengarang serta kebijaksanaan dan bakat pengarang dalam mengarang kisah-kisah yang berkaitan keperibadian golongan raja
  • Mitos juga digunakan untuk mengkritik keperibadian raja yang telah memerintah dengan zalim
  • Mitos-mitos ini digunakan untuk menaikkan kedudukan raja-raja yang memerintah ketika itu serta menjadi alat untuk para pengarang untuk bersaing antara satu sama lain dalam mempamerkan bakat mereka dalam dunia kepengarangan