chapter 4

Cards (50)

  • Cuaca dan Iklim di Malaysia
    Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia
  • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun
  • Iklim
    Purata suhu, hujan, tekanan udara dan angin sesuatu tempat selama 30 tahun
  • Ciri iklim di Malaysia
    • Suhu
    • Hujan
    • Angin
  • Suhu
    • Suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun
    • Min suhu tahunan tinggi, iaitu 27ºC
    • Julat suhu tahunan kecil, iaitu 1ºC hingga 3ºC
    • Julat suhu harian besar, iaitu 5ºC hingga 10ºC bagi stesen berhampiran pantai, 8ºC hingga 12ºC bagi stesen di pedalaman
  • Hujan
    • Negara kita menerima hujan sepanjang tahun
    • Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2 600 mm
    • Taburan hujan adalah tidak sekata kerana dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun
    • Hujan maksimum diterima semasa peralihan monsun, iaitu pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingga pertengahan November
    • Kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia ialah Kuala Pilah di Negeri Sembilan
    • Purata hujan tahunannya kurang daripada 1 500 mm kerana terletak di kawasan lindungan hujan
    • Hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit kawasan pedalaman Sarawak, purata hujan tahunannya melebihi 5 000 mm kerana terletak di cerun bukit yang menghadap angin lembap
  • Angin
    • Terdapat dua jenis angin monsun, iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya
    • Malaysia juga menerima tiupan angin Sumatera dan angin tempatan (bayu laut dan bayu darat)
    • Angin tempatan ialah angin yang bertiup di sebuah kawasan kecil, berbeza dengan taburan tekanan umum yang terdapat pada persekitaran tersebut
  • Hujan perolakan
    1. Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari
    2. Air tersejat dan membentuk wap air
    3. Udara panas bersama-sama wap air naik ke atmosfera sehingga sampai di paras yang tinggi
    4. Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan kumulonimbus
    5. Kebiasaannya, hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir
  • Hujan Bukit
    1. Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana dihalang oleh tanah tinggi
    2. Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan
    3. Hujan lebat turun di bahagian cerun bukit yang menghadap udara lembap
    4. Bahagian cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit dan dikenali sebagai kawasan lindungan hujan
  • Jenis Angin di Malaysia

    • Angin Monsun Timur Laut
    • Angin Monsun Barat Daya
    • Angin Sumatera
    • Angin Tempatan (Bayu Laut, Bayu Darat)
  • Angin Monsun Timur Laut
    • Bertiup dari awal bulan November hingga Mac
    • Bermula dari pedalaman Benua Asia
    • Bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Timur Laut
    • Membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur Sabah
  • Angin Monsun Barat Daya
    • Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September
    • Berasal dari Benua Australia
    • Bertiup merentasi Lautan Hindi dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Barat Daya
    • Membawa hujan yang sederhana lebat ke Malaysia kerana dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera (Indonesia)
  • Angin Sumatera
    • Bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober
    • Berasal dari Sumatera (Indonesia)
    • Dikenali sebagai 'skual'
    • Bertiup dengan kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh ke pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya dari Pelabuhan Klang hingga ke Johor Bahru
    • Membawa hujan lebat yang disertai kilat dan petir
  • Angin Tempatan (Bayu Laut)

    • Angin tempatan yang berlaku pada waktu siang di kawasan berhampiran pantai
    • Berlaku kerana tekanan udara di permukaan laut adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di daratan
    • Udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah
  • Angin Tempatan (Bayu Darat)

    • Angin tempatan yang berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai
    • Berlaku kerana tekanan udara di daratan adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di permukaan laut
    • Udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke laut yang bertekanan rendah
  • Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia
    • Pertanian
    • Pembalakan
    • Perikanan
    • Pelancongan
  • Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Pertanian
    • Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman
    • Kawasan pertanian utama di Malaysia: Padi, Kelapa sawit, Lada hitam
    • Di kawasan tanah tinggi yang mengalami suhu antara 18ºC hingga 21ºC, sesuai untuk penanaman teh, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan hawa sederhana
  • Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Pembalakan
    • Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak di Malaysia menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika
    • Aktiviti pembalakan sukar dijalankan pada musim tengkujuh kerana jalan licin dan terdedah kepada bahaya tanah runtuh
  • Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Perikanan
    • Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia tidak dapat turun ke laut kerana keadaan Laut China Selatan yang bergelora
    • Nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun kerana kawasan perairan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin kencang
    • Aktiviti menjemur ikan di kawasan pinggir pantai dilakukan semasa keadaan cuaca panas
  • Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Pelancongan
    • Keadaan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menarik minat ramai pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia
    • Kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan udara nyaman menarik kedatangan pelancong
    • Suhu air laut antara 20ºC hingga 30ºC menggalakkan pertumbuhan batu karang dan aktiviti menyelam skuba
  • Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia
    • Kesan rumah hijau
    • Pulau haba
    • Hujan asid
    • Jerebu
  • Kesan rumah hijau
    • Suhu meningkat disebabkan pertambahan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan kloroflurokarbon di udara kerana berpunca daripada aktiviti manusia seperti pembakaran sisa pertanian, kegiatan pembalakan, pembakaran hutan dan pembakaran bahan api fosil
  • Pulau haba
    • Pulau haba merujuk fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya dan fenomena ini menyebabkan keselesaan penduduk di bandar terjejas kerana keadaan suhu yang tinggi
  • Hujan asid
    • Hujan asid ialah hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6
    • Hujan asid berlaku apabila udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian
    • Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum oleh kilang, stesen jana kuasa dan kenderaan menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida yang banyak ke atmosfera
    • Gas-gas ini terlarut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik
    • Hujan asid memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan, melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan, menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik dan mengancam kesihatan manusia
  • Jerebu
    • Jerebu yang kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi yang berpunca daripada letusan gunung berapi, pembakaran hutan dan pembakaran bahan api fosil
  • Hujan asid
    Hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6
  • Pembentukan hujan asid
    1. Udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian
    2. Pembakaran bahan api fosil menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida
    3. Gas-gas ini terlarut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik
    4. Wap air yang mengandungi asid ini akan membentuk awan dan apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan asid
  • Kesan hujan asid
  • Jerebu
    Zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi
  • Punca jerebu
    • Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran
    • Pembakaran hutan
    • Pembakaran bahan api fosil (kenderaan dan kilang)
    • Pembakaran terbuka (sampah sarap dan sisa tumbuhan)
  • Kesan jerebu
  • Fenomena El Nino
    Pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa sehingga menyebabkan perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin
  • Kesan El Nino
    1. Angin Timuran menjadi lemah disebabkan oleh tekanan udara yang rendah
    2. Angin Timuran digantikan dengan angin Baratan yang bertiup ke timur Lautan Pasifik
    3. Negara-negara di barat Lautan Pasifik, termasuk Malaysia mengalami kemarau, walaupun sepatutnya menerima hujan lebat
    4. Negara di timur Lautan Pasifik pula mengalami keadaan hujan lebat, walaupun sepatutnya mengalami musim kemarau
  • Fenomena La Nina
    Penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik yang lebih rendah daripada biasa berbanding dengan kawasan sekitarnya
  • Kesan La Nina
    1. Pembentukan awan yang tebal dan hujan lebat yang luar biasa serta kebarangkalian berlakunya banjir besar
    2. Di Malaysia, La Nina biasanya akan memberi kesan kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, terutamanya ketika Monsun Timur Laut
  • Iklim Khatulistiwa
    Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun
  • Ciri iklim di Malaysia
    • Suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun
    • Jumlah hujan tahunan tinggi
    • Taburan hujan tidak sekata
    • Terdapat dua jenis angin monsun (Timur Laut dan Barat Daya) serta angin Sumatera dan angin tempatan
  • Jenis hujan di Malaysia
    • Hujan perolakan
    • Hujan bukit
  • Jenis angin di Malaysia
    • Angin Monsun Timur Laut
    • Angin Monsun Barat Daya
    • Angin Sumatera
    • Angin Tempatan (bayu laut dan bayu darat)
  • Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman di Malaysia