Sifat keterbukaan masyarakat kerajaan Alam Melayu membolehkan sistem tulisan berkembang dalam kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit dan Kedah Tua
Penggunaan bahasa juga sama
Kerajaan Funan
Menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama<|>Tulisan masyarakat Funan berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India<|>Menggunakan kalendar Saka yang berasal dari India
Kerajaan Srivijaya
Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian<|>Batu bersurat dijumpai ditulis dalam bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Palava
Kerajaan Angkor
Menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer<|>Terdapat dua jenis tulisan yang ditemukan pada dinding candi, iaitu tulisan Palava dan tulisan Khmer
Kerajaan Majapahit
Bahasa utama masyarakat kerajaan Majapahit ialah Jawa Kuno<|>Masyarakat kerajaan ini menggunakan tulisan Kawi<|>Selepas tersebarnya agama Islam, masyarakat kerajaan Majapahit mula menggunakan huruf-huruf Arab dalam sistem tulisan mereka, dikenali sebagai tulisan Pegon
Kerajaan Kedah Tua
Penemuan batu-batu bersurat menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava
Dokumentasi
Himpunan atau kumpulan bahan bertulis yang dapat digunakan sebagai bukti atau keterangan bagi sesuatu kajian
Tulisan Kawi
Tulisan ini berasal dari India, perkataan Kawi diambil daripada istilah Kavi dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair
Pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu
Sanskrit
Tamil
Cina
Parsi
Arab
Kecemerlangan masyarakat kerajaan Alam Melayu
Hasil seni bina mereka seperti candi, perkapalan dan sistem pengairan
Kerajaan Funan
Mampu membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo barangan<|>Mempunyai perahu panjang yang boleh membawa 100 orang penumpang<|>Candi telah dibina sebagai rumah ibadat, pusat pendidikan dan pertemuan masyarakat
Kerajaan Angkor
Membina baray berukuran 2 x 8 kilometer yang dapat menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke sawah-sawah padi di sekitarnya<|>Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12 dengan keluasan 208 hektar
Kerajaan Champa
Seni bina dapat dilihat melalui binaan candi, termasuk kompleks candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar
Kerajaan Srivijaya
Mempunyai Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di Sumatera<|>Palembang sebagai pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar, boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China
Kerajaan Majapahit
Mempunyai Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di Jawa Tengah<|>Membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang dan Gapura Bajang Ratu
Kerajaan Kedah Tua
Binaan candi banyak tertumpu kepada agama Hindu dan Buddha di Lembah Bujang, termasuk di Bukit Choras, Bukit Pendiat, Bukit Meriam, Bukit Batu Pahat dan Bendang Dalam
Kerajaan Gangga Nagara
Penemuan patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan
Kelas atasan
Golongan pemerintah
Kelas bawahan
Golongan diperintah
Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu
Tersusun
Memperkukuh sistem politik dan kedudukan pemerintah
Peranan kelas atasan
Menjaga dan melindungi rakyat
Peranan kelas bawahan
Memberikan taat setia kepada golongan pemerintah
Peranan kedua-dua golongan
Mengukuhkan sistem masyarakat dan menyumbang kepada kestabilan kerajaan
Tradisi lisan lahir berdasarkan alam sekeliling
Tema utama tradisi lisan
Asal-usul
Binatang
Nasihat
Seloka
Teladan
Adat
Persuratan merupakan antara bukti keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu
Bukti kegiatan persuratan awal kerajaan Alam Melayu yang ditemukan adalah dalam bentuk batu bersurat
Kerajaan Funan
Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Funan dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam Melayu yang bertarikh abad kedua
Kerajaan Srivijaya
Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Srivijaya dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Karang Brahi dan Palas Pasemah bertarikh abad ketujuh<|>Batu bersurat ini memerihalkan pengukuhan kerajaan terutama kepentingan taat setia terhadap raja
Kerajaan Angkor
Kegiatan persuratan masyarakat Angkor dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Sdok Kok Thom di barat laut Kemboja yang mengisahkan pemerintahan Jayavarman II
Kerajaan Champa
Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Champa dibuktikan dengan penemuan batu bersurat tertua di Kauthara bertarikh 192 M<|>Di Champa juga ditemukan sebanyak 206 buah batu bersurat<|>Karya sastera yang masyhur ialah Akayet Inra Patra dan Akayet Deva Mano
Kerajaan Majapahit
Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Majapahit dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Trowulan bertarikh 1358 yang ditulis dalam bahasa Jawa Kuno bertulisan kawi
Kerajaan Kedah Tua
Kegiatan persuratan masyarakat kerajaan Kedah Tua dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Bukit Choras dan Bukit Meriam bertarikh abad kelima<|>Ditemukan juga inskripsi yang ditulis di atas pinggan tanah liat, kepingan emas dan kepingan perak