topic 7

Cards (120)

  • Ideologi
    Gabungan antara idea (pemikiran, cetusan pemikiran) + logi (ilmu)
  • Ideologi adalah ilmu tentang idea
  • Ideologi sering diistilahkan sebagai fahaman
  • Pemikiran ideologi Barat mengalami perubahan dari Teosentrik, Antroposentrik, Modenisme hingga Pascamodenisme
  • Teosentrik
    Masyarakat Barat berpegang teguh kepada Tuhan
  • Antroposentrik
    Kehidupan Barat berpaksikan kepada manusia
  • Modenisme
    Masyarakat Barat mencari alternatif baru bagi menggantikan nilai agama dengan corak hidup moden
  • Pascamodenisme
    Lahir hasil penentangan terhadap modenisme
  • Fahaman Modenis
    Didasari oleh gerakan dan pemikiran Enlightenment
  • Ciri-Ciri Modenisme
    • Pentingnya akal fikiran yang rasional
    • Mengagungkan kejayaan sains dan kaedah saintifik
    • Kemajuan sebagai tujuan utama manusia
  • Fahaman Pascamodenis menentang modeniti yang dibawa golongan Enlightenment dan Positivisme Logical
  • Konsep-konsep asas Pascamodenisme
    • Tidak ada kebenaran hakiki dan tetap
    • Bahasa sebagai konstruk sosial tanpa makna hakiki
  • Bahasa tidak mempunyai rujukan yang tetap dan pasti
  • Pascamodenisme meruntuhkan banyak perkara dalam kehidupan yang dianggap tetap dan hakiki
  • Enlightenment dan Positivisme Logical

    Menentang rasionaliti, objektiviti dan kaedah saintifik
  • Menentang dan mengadakan suatu pemberontakan terhadap logocentricism
  • Pendekatan logocentric hanya menekankan akal yang rasional semata-mata dan tidak seimbang
  • Manusia bukan hanya terdiri daripada aspek intelektual, tetapi juga aspek emosi, intuitif, kerohanian dan sebagainya
  • Sains itu bukanlah ilmu yang bersifat sebagai paradigmatik
  • Kebenaran
    Bergantung kepada konstruksi budaya semata-mata
  • Setiap budaya dalam masyarakat mempunyai kebenaran masing-masing
  • Kebenaran adalah rencam lagi relatif iaitu nisbi dan bergantung kepada kerangka rujukan tertentu
  • Bahasa adalah sekadar konstruk sosial yang berbicara tanpa makna yang hakiki
  • Bahasa hanyalah alat perhubungan dalam kewujudan manusia
  • Bahasa yang digunakan dalam wacana atau perbincangan tidak lagi memiliki kejelasan makna
  • Kesemua hakikat kewujudan adalah konstruk sosial
  • Sosial atau masyarakat memainkan peranan penting dalam menentukan kehidupan pascamoden
  • Minda manusia mencipta fahaman mengenai realiti dan kebenaran berdasarkan sistem dan amalan masyarakat yang sedia ada
  • Konstruk minda merupakan asas bagi segala benda yang kita pandang terhadap hakikat kewujudan
  • Pascamoden menolak segala bentuk ‘grand narratives’ tentang kehidupan
  • Pascamoden menolak metafizik
  • Pascamoden menolak tentang cerita-cerita kehidupan manusia
  • Pascamoden menolak tentang asal usul manusia
  • Pascamoden menolak tentang hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam, manusia dengan Tuhan
  • Grand Narratives
    Cerita/hikayat/idea besar yang dapat memberi asas rasa dan arah tujuan kepada kehidupan
  • Ilmu adalah berkait rapat dengan keadaan dan konteks yang berpaksikan kepada kuasa
  • Asas pemahaman pascamoden ialah pembuangan adat dan norma menjadikan gaya hidup yang ringkas
  • Pemikiran tidak ditunjangi oleh dogma agama, adat budaya dan fahaman politik
  • Nilai-nilai diperolehi sekadar dari amalan biasa dalam masyarakat
  • Segalanya berubah mengikut masa