Falsafah

Subdecks (9)

Cards (614)

  • Falsafah
    Pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara, asas atau fundamental mengenai sesuatu perkara/isu
  • Perkataan 'Falsafah' adalah ambilan asal dari perkataan Bahasa Arab iaitu فَلْسَفَة - Fasafah
  • Perkataan 'Falsafah' mula digunakan oleh Pythagoras iaitu seorang ahli Matematik Yunani yang terkenal pada sekitar 500 S.M. dan menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan
  • Falsafah
    Berasal dari perkataan Yunani philosophia dan berasal dari kata akar 'philosophein'. Philo bermakna love ataupun cinta. Sophia bermakna wisdom iaitu kearifan atau kebijaksanaan. Apabila digabungkan keduanya menjadi "love of wisdom" iaitu cinta terhadap kebijaksanaan atau kearifan sebagai satu ciri kemanusiaan
  • Tiga Pendekatan Pada Maksud Falsafah
    • Falsafah sebagai pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara
    • Falsafah bersifat menyeluruh, tidak terhad kepada sesuatu objek, topik atau daerah pemikiran
    • Falsafah melalui pandangan Falsafah Moden Barat dan Falsafah Bukan Barat
  • Falsafah Negara
    Membincangkan tentang perkara-perkara dan persoalan dasar (mendalam) mengenai negara
  • Rukun Negara merupakan satu "Ideologi Kebangsaan" yang telah digubal sebagai "Falsafah Negara"
  • Rukun Negara
    • Kepercayaan Kepada Tuhan
    • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
    • Keluhuran Perlembagaan
    • Kedaulatan Undang-Undang
    • Kesopanan dan Kesusilaan
  • Kepercayaan Kepada Tuhan
    Asas kehidupan beragama menjadi prinsip penting kepada kehidupan rakyat di negara kita. Manusia tidak boleh lari daripda kehidupan ingin bertuhan. Rasa bertuhan menjadikan kehidupan manusia terbimbing ke arah kebaikan dan kebenaran. Mempunyai unsur pemikiran falsafah (Metafizik) kerana dikaitkan dengan fahaman keagamaan
  • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
    Malaysia adalah satu bentuk negara bangsa (nation state). Ciri-ciri nation state Malaysia: Sistem Beraja (Monarki). Unsur kesetiaan penting bagi memastikan bahawa wujud aspek kesepaduan dalam kalangan rakyat. Kesepaduan itu berdasarkan kepada kesetiaan mereka kepada Raja yang menjadi lambang sebagai Ketua Negara Berpelembagaan
  • Keluhuran Perlembagaan
    Setiap nation state mempunyai perlembagaan dan perundangan tersendiri. Keluhuran perlembagaan dipegang untuk menyelesaikan pertikaian dengan merujuk kepada prinsip perundangan yang paling tinggi iaitu perlembagaan Malaysia. Prinsip ini penting bagi memastikan kestabilan sesebuah negara kerana: Konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and order; Hanya boleh dilaksanakan dengan adanya perundangan yang jelas
  • Kedaulatan Undang-Undang
    Kedaulatan undang-undang bermaksud tidak ada sesiapa boleh: Mengatasi; Melebihi; atau Melanggari undang-undang. Melalui prinsip ini akan dapat mengekalkan keharmonian dalam negara ini kerana: Sebarang pertikaian yang mungkin muncul; Atas dasar agama atau bangsa dan sebagainya; Boleh diselesaikan melalui sistem perundangan yang ada
  • Kesopanan dan Kesusilaan
    Merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat personal. Berkaitan dengan perhubungan manusia. Menjamin dan mengekalkan hubungan yang baik di antara rakyat walaupun prinsip ini tidak diletakkan di bawah suatu kuasa perundangan. Melahirkan rakyat Malaysia dengan perasaan; bertolak ansur, bersopan santun, harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap fellow human beings atau fellow citizens, mempunyai rasa hormat dan bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan serta mengekalkan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai unsur pemikiran falsafah (Etika) kerana dikaitkan dengan tindakan yang betul, baik dan moral
  • Pada tahun 1988, Malaysia buat pertama kalinya mempunyai falsafah Pendidikan yang diformulasikan dan disuratkan dalam bentuk dokumen dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
  • Undang-undang
    bermaksud tidak ada sesiapa boleh: Mengatasi; Melebihi; atau Melanggari undang-undang
  • Melalui prinsip ini akan dapat mengekalkan keharmonian dalam negara ini kerana: Sebarang pertikaian yang mungkin muncul; Atas dasar agama atau bangsa dan sebagainya; Boleh diselesaikan melalui sistem perundangan yang ada
  • Kesopanan dan Kesusilaan
    Merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat personal, Berkaitan dengan perhubungan manusia, Menjamin dan mengekalkan hubungan yang baik di antara rakyat walaupun prinsip ini tidak diletakkan di bawah suatu kuasa perundangan, Melahirkan rakyat Malaysia dengan perasaan; bertolak ansur, bersopan santun, harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap fellow human beings atau fellow citizens, mempunyai rasa hormat dan bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan serta mengekalkan kesusilaan, Prinsip ini mempunyai unsur pemikiran falsafah (Etika) kerana dikaitkan dengan tindakan yang betul, baik dan moral
  • Pada tahun 1988: Buat pertama kalinya Malaysia mempunyai falsafah Pendidikan yang diformulasikan dan disuratkan dalam bentuk dokumen dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Pada tahun 1996: Falsafah Pendidikan Negara telah dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
  • Pendidikan yang sepatutnya berteraskan nilai, telah bertukar kepada: Pendidikan yang hanya mementingkan ilmu dan kemahiran semata-mata, Kedudukan institusi Pendidikan yang berada dalam ranking-ranking popular dijadikan sebagai indikator (budaya 'perlumbaan' mengejar ranking), Ketaksuban penilaian peperiksaan
  • Falsafah Sejahtera
    Sejahtera diri adalah kunci untuk mengawal dan menjaga diri serta menjadikan seseorang itu insan yang sejahtera, Individu yang tidak sejahtera mana mungkin mampu menyampaikan kesejahteraan kepada orang lain, Semua pelajar harus berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Diri seseorang yang sejahtera adalah: Seimbang dari semua sudut, dalaman mahupun luaran, Kesejahteraan itu boleh dikecapi jika 10 ramuan bagi kesejahteraan dapat diimbangi
  • 10 Ramuan Bagi Kesejahteraan
    • DIMENSI DALAMAN (MIKROKOSMIK): Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual (akal), Kognitif, Etika, DIMENSI PERSEKITARAN LUAR (MAKROKOSMIK): Budaya, Ekologi, Ekonomi, Sosial (Masyarakat)
  • Sejahtera itu boleh ditafsirkan sebagai: Cara hidup yang seimbang dan harmoni yang ditunjangi dengan memelihara dan memulihara dengan sebaiknya jiwa, akal, kehidupan, keturunan, kekayaan dan agama sebagai natijahnya, Malah, setiap aspek diri dan dalaman manusia itu mesti seimbang dan berada dalam keseimbangan dengan mengaitkan diri dan dalaman manusia itu dengan persekitaran luaran - alam semula jadi, sesama makhluk, termasuk spesies dan hidupan lain untuk mencapai keadaan sejahtera secara keseluruhan yang berkekalan (mampan) turun-temurun, Kesejahteraan diri akan membawa kepada kesejahteraan sejagat
  • Falsafah
    Cinta kepada hikmah/kebijaksanaan/kearifan (love of wisdom)
  • Cabang-cabang ilmu falsafah
    • Teori
    • Praktis
    • Falsafah-falsafah baru
  • Falsafah teoritikal
    • Metafizik
    • Epistemologi
    • Logik
  • Metafizik
    Membahaskan persoalan tentang realiti dan hakikat kewujudan
  • Epistemologi
    Membahaskan persoalan tentang sifat ilmu dan sama ada ilmu boleh dipercayai
  • Logik
    Logik matematik yang sangat abstrak dan tidak mempunyai kegunaan secara langsung
  • Falsafah praktikal
    • Etika
    • Politik
    • Ekonomi
    • Peradaban
  • Kemunculan falsafah-falsafah baru
    • Teknologi
    • Organisasi
    • Ekologi
  • Falsafah Yunani berteraskan persoalan kehidupan dan kebahagiaan
  • Falsafah Barat moden menekankan penyelesaian masalah menggunakan hujah rasional
  • Falsafah Islam berkembang sekitar abad ke-9 melalui gerakan penterjemahan karya Yunani
  • Falsafah Timur seperti falsafah India, Buddhisme dan Cina menekankan persoalan pembaikan akhlak dan hubungan harmoni antara alam dan manusia
  • Falsafah
    Bidang yang memerlukan usaha intelektual yang agak mendalam, untuk menjawab persoalan-persoalan dasar
  • Perbincangan falsafah mungkin tidak mempunyai apa-apa kegunaan secara langsung tetapi bertujuan memuaskan intellectual curiosity ataupun keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara yang dasar/mendalam
  • Contoh falsafah
    • Metafizik
    • Logik
    • Epistemologi
  • Metafizik
    Membahaskan persoalan-persoalan asas dan dasar tentang hakikat kewujudan
  • Tidak ada satu kegunaan yang praktikal hasil daripada ilmu mengenai perkara tersebut